12 November 2019 Analisis Sesi Petang
USD/JPY kekal naik walaupun dengan kekhuatiran dalam perdagangan.
Yen Jepun yang berbanding dengan dolar A.S telah jatuh pada lewat sesi Asia susulan dengan perkembangan dalam perdagangan antara U.S dan China dan pergolakan politik di Hong Kong kekal mencabar nada risiko bagi para pedagang di pasaran. Pada masa ini, pasaran kekal memihak kepada dolar AS walaupun Presiden AS Donald Trump baru-baru ini menafikan bahawa beliau bersetuju untuk membatalkan tarif terhadap barangan China. Selain itu, ucapan dari Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe juga meningkatkan kelemahan dalam pasangan tersebut di mana komennya menyokong keperluan belanjawan untuk membantu dalam pemulihan ekonomi. Ini yang telah mengurangkan daya tarikan Yen Jepun terhadap dolar sebagai aset selamat. Di samping itu, daya tarikan tersebut dalam dolar juga didorong oleh perselisihan dalam Hong Kong di mana polis menggunakan peluru sebenar terhadap para pembantah yang cuba menghalang jalan raya dan melewatkan kereta api pada pagi yang sesak. Pada masa penulisan, USD / JPY telah meningkat sebanyak 0.08% kepada 109.11 manakala indeks dolar juga meningkat sebanyak 0.03% kepada 98.02.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.14% kepada $ 56.78 setong pada masa penulisan susulan dengan ketidakpastian yang berterusan dalam perbincangan perdagangan A.S dan China kekal menimbang dalam pasaran. Selain itu, Arab Saudi juga memperkukuhkan kebimbangan mereka tentang isu bekalan yang terlebihan. Ini telah mengurangkan daya tarikan komoditi tersebut dengan lebih lanjut. Seterusnya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.05% hingga $ 1456.43 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar yang disokong oleh ketidakpastian geopolitik.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 17:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Sep) | 3.8% | 3.8% | – |
| 17:30 | GBP – Claimant Count Change (Oct) | 21.1K | 24.2K | – |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) | -22.8 | -13.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumya di 97.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.35.
Tahap rintangan: 98.35, 98.80
Tahap sokongan: 97.75, 97.30

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah saluran menurun. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah paras tinggi saluran menurun.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3170
Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1075.
Tahap rintangan: 1.1075, 1.1170
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0930

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan sebelumnya di 108.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 109.25.
Tahap rintangan: 109.25, 109.80
Tahap sokongan: 108.85, 108.40

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6835. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6835, 0.6795

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6325. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 0.6325.
Tahap rintangan: 0.6365, 0.6425
Tahap sokongan: 0.6325, 0.6285

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3210. MACD yang memaparkan momentum bulish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3275.
Tahap rintangan: 1.3275, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3145

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa yang pendek dan menuju ke paras yang lebih rendah.
Tahap rintangan: 0.9945, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9810

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 56.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 56.80, 57.80
Tahap sokongan: 56.25, 55.40

GOLD_ H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1452.70. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1461.00
Tahap rintangan: 1461.00, 1467.35
Tahap sokongan: 1452.70, 1443.75