83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

 

Sterling merosot selepas risiko Brexit meningkat.

Dolar AS meneruskan kenaikannya pada hari Selasa berlatarbelakangkan data Indeks Harga Pengeluar yang lebih optimistik dari rantau tersebut. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.24% ke paras 93.37 semasa awal sesi Asia. Menurut kepada Labor Department, data Indeks Harga Pengeluar Teras untuk bulan November telah memberi bacaan sebanyak 0.3%, lebih tinggi berbanding dengan ramalan ekonomis hanya 0.1%. Namun, data tersebut gagal untuk menukarkan pandangan para pelabur terhadap Bank Pusat AS sambil memberikan harga peluang hanya 76% untuk kenaikan kadar faedah pada minggu depan. Selain itu, kesuraman pada data GDP dan Nonfarm Payrolls sebelum ini juga telah mengurangkan sentimen optimisme pasaran terhadap ekonomi AS. Sebaliknya, pound sterling telah melanjutkan kerugiannya bagi hari kedua berikutan dengan risiko Brexit dan politik yang makin meningkat. Kebanyakan para pelabur mengesyaki kemampuan Perdana Menteri UK Theresa May selepas beliau tidak melakukan sebarang inisiatif tambahan dengan pemimpin di EU bagi merunding mengenai syarat Brexit yang baru. Selain itu, laporan mendapati bahawa sejumlah ahli Parlimen UK telah menghantar surat “Tiada Keyakinan” terhadap May dan ia telah meningkatkan risiko politik di Britain. Pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.03% ke 1.2493 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.13% ke $51.98 semasa sesi Asia. Harga minyak telah ditutup dengan lebih tinggi pada semalam selepas para pelabur bergiat untuk membelinya dari harga yang rendah. Namun, pergerakan yang besar bakal menjelang berikutan dengan percanggahan isyarat di dalam pasaran diantara pembekalan minyak yang makin meningkat di AS dan keputusan OPEC untuk memotong pembekalan mulai tahun depan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1,243.12 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

19:20                     CrudeOIL               OPEC Monthly Report

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core CPI (MoM) (Nov) 0.2% 0.2%
23:30 CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories -7.323M -2.990M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 97.40, 97.80

Tahap sokongan: 97.00, 96.80

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 1.2700. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2500.

 

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2900

Tahap sokongan: 1.2500, 1.2380

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1310. MACD yang mula membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1360.

 

Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410

Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 113.30. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 113.70.

 

Tahap rintangan: 113.70, 113.85

Tahap sokongan: 113.30, 112.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun dari 0.7170. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 0.7220.

 

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6890.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6780

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia membentuk corak double top dengan tahap rintangan kukuh di 1.3430. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3315.

 

Tahap rintangan: 1.3380, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3315, 1.3255

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang secara rata sambil menguji di tahap rintangan 0.9930. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9930, 0.9955

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan bagi jangka pendek dan menuju ke arah 53.90.

 

Tahap rintangan: 53.90, 55.35

Tahap sokongan: 52.00, 50.25

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan kukuh iaitu 1242.10. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1253.00.

 

Tahap rintangan: 1253.00, 1263.20

Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25