13 Februari 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar kekal rata di tengah-tengah perbincangan perdagangan.
Indeks dolar telah mengukuhkan nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama pada 96.45 sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada perbincangan perdagangan antara AS dan China. Kebanyakan para pelabur menjangkakan bahawa perbincangan kali ini dapat menyelesaikan ketegangan perang perdagangan antara kedua-dua negara tersebut. Selain itu, Presiden AS Donald Trump telah menawarkan pemanjangan ringkas pada tarikh akhir perjanjian perdagangan dengan China yang ditetapkan pada 1hb Mac. Namun begitu, sekiranya perjanjian perdagangan tidak dicapai oleh kedua pihak tersebut, AS akan meningkatkan tarif ke atas $200 bilion barangan import China dari 10% ke 25% yang bakal menjejaskan ekonomi China secara mendadak. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah melonjak sebanyak 1.43% ke 0.6380 selepas Bank Pusat New Zealand (RBNZ) menyampaikan kenyataan yang hawkish terhadap prospek pertumbuhan ekonomi sementara mengekalkan kadar faedah mereka di 1.75%. Ahli penggubal dasar RBNZ telah menegaskan bahawa kadar yang rendah dapat menyokong peningkatan pertumbuhan GDP New Zealand sepanjang 2019 dan menjangkakan CPI negara untuk meningkat di tengah-tengah ketegangan global yang masih menghantui pasaran.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.49% ke $53.50 setong di tengah-tengah pembebasan data API Weekly Crude Oil Stock yang menunjukkan paras inventori yang lebih rendah sebanyak 0.9998 juta tong bagi akhir minggu 8hb Februari. Jurang yang besar antara bacaan sebenar dengan jangkaannya sebanyak 2.514 juta telah mendorong pembelian minyak secara mendadak. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.11% ke $1312.00 se troy auns di tengah-tengah pengurangan permintaan terhadap dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative CrudeOIL IEA Monthly Report
03:10 (14th) NZD RBNZ Gov Orr Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Jan) | 2.1% | 1.9% | – |
| 18:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Dec) | -1.7% | -0.4% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Jan) | 2.1% | 1.9% | – |
| 18:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Dec) | -1.7% | -0.4% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.65. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap rintangan di 96.35.
Tahap rintangan: 96.65, 97.00
Tahap sokongan: 96.35, 96.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2845. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2960.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2845, 1.2715

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1300. MACD yang membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1355.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1405
Tahap sokongan: 1.1300, 1.1260

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari paras tinggi saluran di 110.05. MACD yang menunjukkan momentum menurun yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 110.90.
Tahap rintangan: 110.90, 111.40
Tahap sokongan: 110.50, 109.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7075. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7145.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7210
Tahap sokongan: 0.7075, 0.7010

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6820. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6870.
Tahap rintangan: 0.6870, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6795

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3205. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3205, 1.3125

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0080. MACD yang memaparkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap rintangan di 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0080, 1.0110
Tahap sokongan: 1.0025, 0.9980

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 53.50. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 53.50, 54.30
Tahap sokongan: 52.75, 51.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari garisan MA-50 (biru). MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke paras tinggi saluran sisi di 1315.00.
Tahap rintangan: 1315.00, 1321.55
Tahap sokongan: 1307.25, 1302.50