13 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar masih ditekan oleh tarif komoditi.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia susut sebanyak 0.12% ke 89.82 semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan para pelabur terhadap kelulusan tarif import bagi komoditi keluli dan aluminium yang diluluskan oleh Presiden Donald Trump ke atas ekonomi AS. Semalaman, dolar gagal untuk mengukuhkan kedudukannya susulan dengan kebimbangan pasaran di mana zon Eropah dan Jepun berkemungkinan untuk melakukan tindak balas selepas memberikan bantahan mereka terhadap tarif tersebut. Tambahan pula, optimisme di dalam kalangan para pelabur terhadap Bank Pusat AS telah susut selepas laporan pertumbuhan gaji pada hari Jumaat yang lalu tersasar daripada jangkaan dengan bacaan 0.1% berbanding 0.2%. Sebaliknya, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.18% ke $1.2337 berlatarbelakangkan kelemahan dolar AS. Namun, keuntungan mata wang tunggal ini adalah terhad selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi menafikan tindakan untuk mengurangkan kelonggaran dasar sambil memberi amaran bahawa pendekatan “Protectionism” dari AS boleh menjejaskan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi keseluruhan zon EU.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.26% ke $61.19 setong berikutan dengan kebimbangan terhadap harga minyak mentah yang masih berada di atas paras $60 boleh menggalakkan pengeluar syal AS untuk meningkatkan pembekalan mereka. Tindakan tersebut boleh menjejaskan usaha OPEC dan bukan OPEC dalam mengurangkan kelebihan stok global. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.35% ke $1,324.02 se troy auns selepas dolar AS masih didagang dengan lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 GBP Spring Forecast Statement
22:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:30 | AUD – NAB Business Confidence (Feb) | 12 | 9 | 9 |
| 12:30 | JPY – Tertiary Industry Activity Index (MoM) | -0.2% | -0.2% | – |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment | 29.3 | – | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Feb) | 0.3% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – CPI (MoM) (Feb) | 0.5% | 0.2% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 5.661M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 1.3850. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan di 1.3910.
Tahap rintangan: 1.3910, 1.3960
Tahap sokongan: 1.3850, 1.3800
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2310. Histogram MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kenaikan sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan di 1.2345 dan rintangan pada garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 1.2345, 1.2385
Tahap sokongan: 1.2300, 1.2280
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 106.80. Susunan lilin yang bersifat bearish dan silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 106.00.
Tahap rintangan: 106.80, 107.80
Tahap sokongan: 106.00, 105.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 61.30 dan harga komoditi tersebut kini sedang menguji balik paras terendah sebelumnya. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya menutup di bawah paras Fibonacci 38.2.
Tahap rintangan: 61.30, 62.20
Tahap sokongan: 60.10, 58.20
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1316.20. Pembentukan lilin pin bar dan garisan isyarat MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kenaikan ke tahap rintangan di 1326.80.
Tahap rintangan: 1326.80, 1335.20
Tahap sokongan: 1316.20, 1309.60