13 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Kenaikan dolar ditahan oleh CPI suram.
Dolar AS telah melanjutkan pengundurannya pada hari Selasa selepas data inflasi terkini mengesahkan pandangan Bank Pusat AS (Fed) untuk mengelak dari mengetatkan dasar kewangan dengan lebih lanjut. Apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain, indeks dolar susut sebanyak 0.23% ke 96.90 semasa penulisan. Menurut kepada US Labor Department, Indeks Harga Pengguna Teras telah melambat ke paras 0.1% bagi bulan Februari, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk meningkat sebanyak 0.2%. Dengan kadar inflasi semasa berlegar di tahap optimum iaitu 2%, data ini telah mengurangkan sentimen terhadap kemungkinan Fed untuk meninggalkan pendekatan “menunggu sambil memantau” terhadap dasar kewangan semasa. Walaupun kos pekerja telah meningkat baru-baru ini, kadar tersebut gagal untuk dicerminkan ke dalam harga pengguna semasa. Produktiviti yang kukuh untuk beberapa tahun yang lepas telah mengehadkan kenaikan kos pekerja sementara keuntungan bersih syarikat di AS yang mencecah paras tinggi sejarah telah mengambil langkah untuk menyerap peningkatan kos tersebut. Oleh itu, para pelabur bercadang bahawa kadar inflasi semasa tidak mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk kehilangan kawalannya. Bagi pasaran UK, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.3076 semasa sesi Asia. Seperti yang dijangkakan oleh para pelabur, pelan Brexit dari PM Theresa May telah menerima kekalahan kali kedua dengan undian sebanyak 391 berbanding 242. Dengan ketewasan beliau, parlimen UK akan bersiap sedia untuk mengundi ke atas inisiatif “Brexit tanpa perjanjian”. Jika ia gagal untuk diluluskan, maka mereka akan mengundi ke atas inisiatif untuk menangguhkan Artikel 50 atau tarikh akhir Brexit pada hari Jumaat ini. Sejajar dengan perkembangan semasa, Presiden Suruhanjaya EU Donald Tusk mengulas bahawa mereka akan menimbang sebarang rayuan untuk menangguhkan Brexit sekiranya UK membekalkan penjelasan yang kukuh.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.18% ke $57.15 setong. Niaga hadapan minyak mentah masih menerima sokongan selepas American Petroleum Institute melaporkan penyusutan pada inventori minggu lepas sebanyak 2.580 juta tong. Bagi pasaran emas, harganya menokok sebanyak 0.01% ke $1,301.13 se troy auns susulan dengan penyusutan nilai dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP Annual Budget Release
20:30 GBP Spring Forecast Statement
03:00 (14hb) GBP UK Parliament vote on No-Deal Brexit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Jan) | -0.9% | 1.0% | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) | 0.1% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Feb) | -0.1% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 7.069M | 2.655M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.80, 99.10
Tahap sokongan: 95.95, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3170
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2880

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1300. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1300, 1.1345
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1220

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 111.45.
Tahap rintangan: 111.45, 112.20
Tahap sokongan: 111.00, 110.50

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7100
Tahap sokongan: 0.7050, 0.7025

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6885, 0.6940
Tahap sokongan: 0.6840, 0.6820

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.3370. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3370, 1.3435
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran sisi. Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, pemecahan dari tahap tersebut adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0120
Tahap sokongan: 1.0070, 1.0040

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 57.45, 58.55
Tahap sokongan: 56.45, 55.60

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1294.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1305.60.
Tahap rintangan: 1305.60, 1315.45
Tahap sokongan: 1294.00, 1280.20