13 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar berkekal lemah, Aussie dijejaskan oleh Westpac.
Pasaran bearish masih menguasai pasaran dolar AS sementara pelabur memberi penekanan terhadap kebimbangan perdagangan AS-China dan data inflasi yang lemah pada hari Selasa. Menurut kepada berita terkini, wakil perdagangan AS Robert Lighthizer telah menyatakan bahawa kedua-dua ekonomi terbesar telah hampir mencapai perjanjian tetapi menunjukkan butiran yang sikit mengenai kemajuan tersebut. Walau bagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa pencapaian perjanjian perdagangan adalah tidak terjamin dan hal ini telah meningkatkan kebimbangan pasaran sama ada kedua-dua negara boleh menamatkan perang perdagangan. Selain itu, data inflasi CPI yang lebih lemah daripada yang dijangkakan telah memburukkan sentimen pasaran dolar dan menyeret nilai dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 97.87 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah mencatatkan kerugian sebanyak 0.25% ke 0.7060 semasa penulisan berikutan dengan keyakinan pengguna Westpac yang suram. Menurut kepada data Westpac, keyakinan pengguna di Australia telah jatuh ke -4.8%, kejatuhan yang terbesar sejak akhir tahun 2017 serta memangkas kenaikan 4.3% pada bulan lepas. Dengan penambahan keadaan perniagaan NAB yang lemah, data tersebut telah membuktikan dengan selanjutnya bahawa kemerosotan perniagaan dan kelembapan ekonomi Australia terus memberi tekanan kepada mata wang tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berkekal mantap sementara menokok sebanyak 0.03% ke $57.10 setong semasa penulisan susulan dengan pemotongan pembekalan yang berterusan. Menurut kepada berita terkini, Arab Saudi merancang untuk mengurangkan eksport minyak mentahnya kepada 7 juta tong sehari pada bulan April sambil mengekalkan pembekalannya di bawah 10 juta tong sehari sementara kerajaan berusaha untuk menyokong harga minyak. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.20% ke $1305.95 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar dan kebimbangan perdagangan terkini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif GBP Annual Budget Release
20:30 GBP Spring Forecast Statement
03:00 (14hb) GBP UK Parliament vote on No-Deal Brexit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Jan) | -0.9% | 1.0% | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) | 0.1% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Feb) | -0.1% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 7.069M | 2.655M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 97.05.
Tahap rintangan: 97.05, 97.60
Tahap sokongan: 96.60, 95.80

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3085. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3085, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2915

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran menaik berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah paras bawah saluran menaik tersebut berdekatan tahap sokongan di 1.1260.
Tahap rintangan: 1.1290, 1.1340
Tahap sokongan: 1.1260, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 111.45. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 110.95.
Tahap rintangan: 111.45, 112.00
Tahap sokongan: 110.95, 110.40

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7080. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7025.
Tahap rintangan: 0.7080, 0.7125
Tahap sokongan: 0.7025, 0.6975

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran berdekatan tahap rintangan di 0.6875. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6805.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6805, 0.6765

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3360. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.3400.
Tahap rintangan: 1.3400, 1.3455
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3325

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.0095.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0050, 1.0010

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan paras tinggi saluran tersebut di 57.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 56.15.
Tahap rintangan: 57.50, 58.70
Tahap sokongan: 56.15, 55.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1305.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1305.50, 1315.00
Tahap sokongan: 1294.50, 1285.50