83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

 

 

Trump: Dolar AS adalah terlalu kuat

 

Dolar AS jatuh ke paras terendah sesi berbanding mata wang utama lain semalam, dengan indeks dolar AS jatuh 0.31% sehingga 100.31, selepas Presiden Donald Trump berkata mata wang tersebut adalah terlalu kuat manakala kebimbangan geopolitik terus mempengaruhi sentimen pasaran. Presiden Trump memberitahu Wall Street Journal pada hari Rabu bahawa beliau merasakan mata wang (Dolar AS) semakin terlalu kuat dan membayangkan bahawa beliau boleh melantik semula Janet Yellen untuk mempengerusikan Lembaga Rizab Persekutuan apabila penggalnya berakhir pada 2018, sebagai beliau katanya “Saya mesti jujur dengan anda, saya suka dasar kadar faedah yang rendah.” Pada sisi lain, GBP/USD menaik 0.17% sehingga 1.2511 selepas Pejabat Statistik Kebangsaan U.K. berkata kadar pengangguran kekal pada tahap terendah dalam tempoh masa 11 tahun sebanyak 4.7% pada bulan Februari, sejajar dengan jangkaan ahli ekonomi. Claimant Count Change pula meningkat sebnayka 25,500 pada bulan Mac secara tidak disangka-sangka, berbanding dengan jangkaan penurunan ahli ekonomi sebanyak 3,000. Sementara itu, indeks pendapatan purata meningkat 2.3% dalam tempoh masa tiga bulan hingga Februari, berbanding ramalan bagi peningkatan sebanyak 2.2%. Tidak termasuk bonus dan gaji yang meningkat sebanyak 2.2%, mengalahkan ramalan peningkatan sebanyak 2.1%. Keseluruhan data pekerjaan U.K. yang dilepaskan dianggap sebagai positif.

 

Dalam pasaran komoditi, harga emas didagang lebih tinggi pada hari Rabu, ditambah $1.05 atau 0.09% sehingga $1,275.45 se-auns, tetapi ia merosot pagi ini daripada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan, walaupun peningkatan permintaan untuk aset selamat di pertengahan kebimbangan geopolitik. Walaupun harga minyak mentah diselesaikan dengan lebih rendah, jatuh sebanyak 29 sen sehingga $53.11 setong selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan penurunan yang tidak dijangkakan dalam stok simpanan mentah AS dari rekod tertinggi. Bagi minggu yang berakhir pada 5 April, EIA berkata inventori minyak mentah AS jatuh sebanyak 2.166 juta tong berbanding anggaran peningkatan sebanyak 0.087 juta tong.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Acara Kemuncak hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
09:30 AUD – Employment Change (mar) 2.8K 20.0K 60.9K
10:00 CNY – Trade Balance (USD) (Mar) -9.15B 10.00B
20:30 USD – Initial Jobless Claims 234K 245K
20:30 USD – PPI (MoM) (Mar) 0.3% 0.0%

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD,H4: GBPUSD melanjutkan kenaikannya berikutan penutupan harganya sebelum ini di atas kedua-dua garisan MA. Kini ia sedang bergerak kepada sasaran tahap rintangan seterusnya pada 1.2610. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menuju ke atas, tambahan pula dengan momentumnya dilihat di atas tahap 0, mencadangkan kenaikan selanjutnya kepada pasangan ini.

 

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2700

Tahap sokongan: 1.2500, 1.2420

 

EURUSD

EURUSD,H4: Harga EURUSD telah ditutup di atas garisan MA 60 (Hijau) dan tahap rintangan 1.0650. Mencadangkan pasangan EURUSD untuk menaik selanjutnya kepada sasaran tahap rintangan seterusnya pada 1.0700. Tambahan pula dengan kedua-dua garisan MA ditunjuk dalam penunjuk MACD yang menuju ke atas dan momentumnya makin meningkat di atas tahap 0, menyokong momentum menaik lanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.0700, 1.0750

Tahap sokongan: 1.0650, 1.0580

 

NZDUSD

NZDUSD,H4: NZDUSD melonjak keluar dari paras tertinggi saluran menurun manakala harganya ditutup di atas tahap rintangan 0.6990. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menuju ke atas, mencadangkan kenaikan selanjutnya kepada pasangan ini.

 

Tahap rintangan: 0.7010, 0.7040

Tahap sokongan: 0.6990, 0.6960

 

USDCHF

USDCHF,Daily: USDCHF telah berundur balik dari paras tertinggi saluran menurun, memberikan isyarat penurunan selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah garisan MA20 (Merah) atau tahap sokongan 0.9990.

 

Tahap rintangan: 1.0030, 1.0090

Tahap sokongan: 0.9990, 0.9950

 

USDCAD

USDCAD,H4: Harga USDCAD telah ditutup di bawah paras terendah sebelum ini atau tahap sokongan 1.3260. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menuju ke bawah, tambahan pula dengan momentumnya dilihat di bawah tahap 0, mencadangkan USDCAD untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3300

Tahap sokongan: 1.3180

 

 

 

Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.