83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 April 2018                       Analisis Harian

 

Dolar disokong selepas ketegangan AS-Syria menyusut.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menokok sebanyak 0.30% ke 89.43 semasa penulisan susulan dengan penyusutan ketegangan diantara AS dan Syria walaupun data ekonomi daripada rantau tersebut adalah lebih suram. Semalaman, dolar AS melantun dari paras rendah sesinya selepas Presiden AS Donald Trump mengurangkan pendekatan agresifnya terhadap gencatan senjata di Syria sambil mengulas bahawa serangan dari AS berkemungkinan untuk berlaku pada di dalam jangka masa yang terdekat atau tidak sama sekali. Nada tweet terbaru yang kurang agresif berbanding dengan sebelumnya telah memberi sokongan kepada dolar AS untuk memangkas kerugian seawalnya yang berpunca dari laporan Initial Jobless Claims bagi minggu lalu yang memaparkan penurunan hanya 9,000 ke 233,000, lebih tinggi daripada ramalan untuk menurun sehingga ke paras 231,000. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.41% ke $1.2323 selepas ahli penggubal dasar meluahkan kebimbangan mereka terhadap risiko perang perdagangan dengan AS serta kekukuhan Euro yang boleh memberi impak negatif ke atas perkembangan ekonomi di seluruh zon Eropah.

 

Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.90% ke $66.78 setong selepas para pelabur mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari kenaikannya sebelum ini. Namun, kerugian yang dialaminya adalah terhad berlatarbelakangkan usaha dari ahli dan bukan ahli OPEC yang bergiat untuk mengurangkan kelebihan stok minyak global. Sementara itu, harga emas mencatat kerugian sebanyak 1.35% ke $1,338.35 se troy auns susulan dengan penyusutan ketegangan geopolitik diantara AS dan Syria.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

16:00                     CrudeOIL                               IEA Monthly Report

20:00                     USD                                      FOMC Member Rosengren Speaks

21:00                     USD                                      FOMC Member Bullard Speaks

01:00 (Fri)             USD                                       FOMC Member Kaplan Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11:00 CNY – Trade Balance (USD) (Mar) 33.75B 27.21B
14:00 EUR – German CPI (MoM) (Mar) 0.4% 0.4%
17:00 EUR – Trade Balance (Feb) 19.9B 20.2B
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 6.312M 6.220M
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment 101.4 100.8
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 808

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.4190. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 1.4240, 1.4270

Tahap sokongan: 1.4190, 1.4160

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.2330. Ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi mengenai arah pergerakan pasangan tersebut dalam jangka masa yang terdekat.

 

Tahap rintangan: 1.2330, 1.2360

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2280

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 107.00. MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya untuk memecah tahap rintangan yang seterusnya di 107.50.

 

Tahap rintangan: 107.50, 107.90

Tahap sokongan: 107.00, 106.70

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 67.40. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 66.60.

 

Tahap rintangan: 67.40, 69.50

Tahap sokongan: 66.60, 66.20

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah rintangan pada garisan 200-MA. Ia kini sedang menguji bagi memecah tahap rintangan di 1337.70. MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya menutup lilin di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1337.70, 1342.50

Tahap sokongan: 1335.00, 1327.90