83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Mei 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Rundingan perdagangan menemui kebuntuan.

Dolar Australia telah mengalami tekanan menurun pada pagi Isnin susulan dengan peningkatan risiko perang perdagangan diantara AS dan China. Dua ekonomi yang terbesar di dunia telah mencapai kebuntuan di dalam rundingannya selepas Washington menyeru China untuk melalukan perubahan yang ketara ke atas syarat dan undang-undangnya sementara China enggan untuk melaksanakan sebarang perubahan yang tidak bermanfaat terhadap mereka. Ketegangan tersebut telah bertambah buruk selepas AS meningkatkan kadar tarif ke atas $200 bilion barangan China di mana China menegaskan untuk mengambil tindakan yang sama ke atas AS. Ketegangan yang makin berterusan ini bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan ia bakal memberi impak ke atas negara yang berdagang dengan China. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas rundingan perdagangan diantara AS dan China sementara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China XI Jinping akan bertemu semasa sidang kemuncak G20 di Jepun pada akhir bulan Jun. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD menurun sebanyak 0.33% ke 0.6977 semasa sesi Asia.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah berdagang diantara paras positif dan negatif berhampiran $61.55 setong. Harga minyak tertakluk di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur memantau impak daripada sekatan AS ke atas Iran dan kebuntuan dari rundingan perdagangan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.11% ke $1,284.51 se troy auns susulan dengan lantunan pada dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    HKD                        Penggantian – Buddha’s Birthday

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.25

Tahap sokongan: 97.00, 96.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3000. Namun, oleh kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan tersebut adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3185

Tahap sokongan: 1.3000, 1.2925

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1240. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1185.

 

Tahap rintangan: 1.1240, 1.1305

Tahap sokongan: 1.1185, 1.1145

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 109.45. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 110.10.

 

Tahap rintangan: 110.10, 110.55

Tahap sokongan: 109.45, 108.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6970. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6995, 0.6965

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6580. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6635, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3435. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3380, 1.3305

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada tahap sokongan sebelumnya di 1.0130. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih tinggi kembali ke arah tahap rintangan di 1.0130.

 

Tahap rintangan: 1.0130, 1.0190
Tahap sokongan: 1.0070, 1.0015

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras rendah saluran tersebut. Namun, oleh kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan keluar dari saluran sisi tersebut adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 61.80, 63.15

Tahap sokongan: 60.15, 58.45

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras tinggi saluran di tahap rintangan 1287.85. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1277.30.

 

Tahap rintangan: 1287.85, 1295.65

Tahap sokongan: 1277.30, 1266.35