13 Jun 2017 Analisis Harian
Sentimen berjaga-jaga sambil menunggu keputusan Fed.
Dolar A.S. diniagakan dengan tidak berubah berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama yang lain selepas ia gagal untuk pulih dari penurunan mendadak pound sterling manakala prospek untuk kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat A.S. (Fed) pada hari Khamis ini telah mengehadkan penurunannya. Indeks dolar disebut niaga berdekatan dengan 97.13 semasa sesi awal Asia tadi. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, para pelabur memberi harga peluang sebanyak 90% untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas selepas mesyuarat Fed tamat pada hari Khamis nanti. Walaupun prospek untuk kenaikan kadar faedah telah berada di dalam jangkaan, kebanyakan para pelabur kekal berhati-hati untuk sebarang perubahan pada pandangan Fed terhadap ekonomi mereka selepas beberapa data yang dilepaskan sebelum ini memberikan bacaan yang mengecewakan. Di pasaran UK, pound sterling meningkat sebanyak 0.06% ke $1.2666 namun berada di bawah tekanan yang menyeluruh selepas ketidaktentuan politik masih menguasai mata wang tersebut. Para pelabur masih bimbang akan keputusan rundingan Brexit yang akan datang selepas keputusan pilihanraya pada minggu lalu mengejutkan para pelabur.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.35% ke $46.24 setong manakala para pelabur menunggu bacaan baru mengenai inventori minyak di A.S. dan laporan oleh OPEC dan IEA bagi mendapatkan isyarat selanjutnya mengenai pasaran minyak global. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.18% ke $1,263.84 selepas para pelabur mengalihkan perhatian mereka kepada keputusan kadar faedah oleh Bank Pusat A.S.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative Crude Oil OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
09:30 | AUD – NAB Business Confidence (May) | 13 | – | 7 |
16:30 | GBP – CPI (YoY) (May) | 2.7% | 2.7% | – |
17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (June) | 20.6 | 21.5 | – |
20:30 | USD – PPI (MoM) (May) | 0.5% | 0.1% | – |
04:30 | Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock | -4.620M | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, Daily: GBPUSD masih menerima tekanan selanjutnya selepas kedua-dua garisan MA meneruskan penyempitan dan menuju ke bawah. Petunjuk MACD histogram memaparkan isyarat dan momentum menurun yang ketara mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2640.
Tahap rintangan: 1.2795, 1.3045
Tahap sokongan: 1.2640, 1.2515
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan kukuh di 1.1230. Pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA baru-baru ini memberikan tekanan menurun pada EURUSD untuk menuju ke sasaran tahap sokongan di 1.1180.
Tahap rintangan: 1.1230, 1.1285
Tahap sokongan: 1.1180, 1.1115
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.65. Melihat kepada petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menurun, ia mencadangkan USDJPY untuk meneruskan pembetulan teknikalnya dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 110.10.
Tahap rintangan: 110.10, 110.40
Tahap sokongan: 109.65, 109.10
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari tahap sokongan 45.30. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average baru-baru ini mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 46.70 pada jangka pendek.
Tahap rintangan: 46.70, 48.40
Tahap sokongan: 45.30, 44.00
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih rendah selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Pembentukan corak tersebut mencadangkan tekanan menurun pada harga emas di mana harganya dicadangkan untuk melanjutkan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan kukuh di 1264.70.
Tahap rintangan: 1276.65, 1295.95
Tahap sokongan: 1264.70, 1255.05