13 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar melonjak sementara kadar inflasi menokok.
Dolar AS telah melantun dari paras rendah sesinya selepas laporan inflasi AS yang optimistik telah mengesahkan trend kenaikan harga barangan, sejajar dengan ramalan yang dibekalkan oleh Bank Pusat AS (Fed). Semasa penulisan, indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.26% ke paras 93.77 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Labor Department, laporan memaparkan bahawa Indeks Harga Pengguna Teras (Core CPI) telah meningkat sebanyak 0.2% untuk bulan Mei, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis hanya 0.1%. Data tersebut telah dibebaskan sementara mesyuarat dua hari Fed sedang dijalankan dan kebanyakan para pelabur memberikan prospek yang tinggi kepada mereka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke lingkungan 1.75% – 2.00%. Tambahan pula, dolar AS telah menerima sokongan bullish yang lebih lanjut berlatarbelakangkan kelemahan Euro selepas Indeks Sentimen zon Eropah memaparkan bacaan yang kurang memuaskan. Namun, kerugian yang dialami adalah terhad sementara para pelabur memberikan jangkaan yang tinggi kepada Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengumumkan tarikh tamat program QE pada hari esok. Pasangan EUR/USD mencatat keuntungan sebanyak 0.02% ke $1.1747 pada awal pagi tadi.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.29% ke $65.84 setong selepas API melaporkan bahawa stok simpanan minyak mentah di AS meningkat sebanyak 0.833 juta tong pada minggu lalu, tersasar daripada ramalan untuk menurun sebanyak 2.700 juta tong. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.34% ke $1,295.53 sementara jangkaan terhadap kadar faedah yang lebih tinggi telah menurunkan penampilan aset ini sebagai aset alternatif kepada para pelabur.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
02:00 USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (May) | 2.4% | 2.4% | – |
| 17:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Apr) | 0.5% | -0.5% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (May) | 0.1% | 0.3% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.072M | -2.744M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | 4.603M | 0.443M | – |
| 02:00 | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.75% | 2.00% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3350.
Tahap rintangan: 1.3375, 1.3410
Tahap sokongan: 1.3350, 1.3320
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1.1740.
Tahap rintangan: 1.1790, 1.1830
Tahap sokongan: 1.1740, 1.1705
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras tengahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 110.55.
Tahap rintangan: 110.55, 111.00
Tahap sokongan: 109.40, 108.85
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara ia telah melantun dari paras tengahnya baru-baru ini. Penyusutan momentum menurun dari MACD histogram mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke paras atas formasi tersebut.
Tahap rintangan: 66.50, 67.35
Tahap sokongan: 65.70, 65.45
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk mengalami tekanan menurun yang lebih lanjut selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1294.70.
Tahap rintangan: 1296.50, 1298.70
Tahap sokongan: 1294.70, 1292.40