83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Jun 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak walaupun CPI suram.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain walaupun data inflasi dari rantau tersebut adalah kurang memuaskan. Menurut kepada US Bureau of Statistics, Core CPI bagi bulan Mei meningkat hanya 0.1%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 0.2%. Penyusutan pada kadar inflasi telah meningkatkan jangkaan pasaran terhadap pemotongan kadar faedah dari Bank Pusat AS. Walaubagaimanapun, para pelabur masih memasuki pasaran dolar oleh kerana pemotongan kadar boleh memberi manfaat kepada syarikat AS dalam mengembangkan skala bisnes dan meningkatkan pertumbuhannya. Selain itu, dolar menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Presiden AS Donald Trump meluahkan optimisme beliau terhadap pencapaian perjanjian perdagangan bersama China. Di dalam kenyataan yang dibebaskan di laman Twitter rasmi, Trump yakin bahawa AS dan China boleh mencapai kata sepakat dalam perjanjian perdagangan. Namun, beliau juga menegaskan bahawa AS akan mengenakan tarif tambahan sekiranya perjanjian gagal untuk dicapai. Apabila merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan untuk pemotongan kadar faedah bagi akhir bulan Julai telah meningkat ke paras 85%. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.29% ke 96.90. Sementara itu, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.05% ke 108.48. Aset selamat seperti Yen Jepun telah dijual susulan dengan sentimen optimis dari Trump mengenai pencapaian perjanjian perdagangan bersama China.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.02% ke $51.06 setong. Niaga hadapan minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan peningkatan pada stok minyak sebanyak 2.206 juta tong, tersasar daripada ramalan untuk menurun sebanyak -0.481 juta tong. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.04% ke $1,332.99 se troy auns akibat daripada pemulihan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

15:30                     CHF                                         SNB Monetary Policy Assessment

16:00                     CHF                                         SNB Press Conference

19:00                     CrudeOIL                               OPEC Monthly Report

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German CPI (MoM) (May) 0.2% 0.2%
15:30 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% 0.75%
17:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Apr) -0.3% -0.5%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (May) 0.2% -0.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 218K 215K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.05.

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.50

Tahap sokongan: 96.35, 95.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2745. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 1.2630.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790

Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawah.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1380

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1220

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 108.70.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.15

Tahap sokongan: 108.40, 107.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6940. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 0.6940, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6900, 0.6860

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6590, 0.6615

Tahap sokongan: 0.6555, 0.6490

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi terdahulu. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3375, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3315, 1.3280

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9945. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.9945.

 

Tahap rintangan: 0.9975, 1.0000

Tahap sokongan: 0.9945, 0.9915

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 50.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 51.40, 53.00

Tahap sokongan: 50.55, 47.50

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1335.00

Tahap sokongan: 1321.00, 1302.00