83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Jun 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Aussie menjunam akibat daripada data pekerjaan yang negatif.

Dolar Australia telah menjunam berbanding dengan dolar AS pada awal Khamis berikutan dengan pembebasan data pekerjaan yang negatif. Menurut kepada Australian Bureau of Statistics, kadar pengangguran Australia telah meningkat ke paras 5.2%, tersasar dengan ramalan ekonomis untuk menyusut ke 5.1%. Data tersebut mengisyaratkan penyusutan di dalam sektor pekerjaan. Baru-baru ini, Bank Pusat Australia (RBA) telah memotong kadar faedah mereka dari 1.50% ke 1.25% serta menegaskan di dalam kenyataan bahawa mereka akan menilai keadaan ekonomi berdasarkan data pekerjaan dan perumahan. Kelemahan di dalam sektor pekerjaan telah mencetuskan kebimbangan di dalam kalangan para pelabur di mana RBA berkemungkinan untuk melaksanakan pemotongan kadar semasa mesyuarat polisi yang dijadualkan pada awal bulan Julai sekiranya data ekonomi masih menunjukkan isyarat penyusutan. Dalam berita lain, harga pound sterling telah disokong oleh optimisme Brexit berikutan dengan komen daripada calon utama PM Boris Johnson di mana beliau menegaskan keinginan untuk mengelakkan Brexit tanpa perjanjian tetapi masih akan membuat persediaan untuk mengendalikannya. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan mesti meluluskan Brexit sebelum 31hb Oktober dengan perjanjian Brexit yang lebih baik daripada sebelumnya. Pasangan AUD/USD telah menurun sebanyak 0.19% ke 0.6912 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.07% ke 1.2690 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.04% ke $51.01 setong selepas AS melaporkan peningkatan dalam inventori minyak. Pembeli minyak kini berharap kemungkinan perkembangan perang perdagangan AS-China ataupun usaha daripada OPEC untuk menyokong harga minyak dapat menambah baik sentimen pasaran. Sebaliknya, harga emas telah melantun sebanyak 0.27% ke $1336.85 se troy auns susulan dengan penjualan pelaburan Australia akibat dengan data pekerjaan yang suram.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

15:30                     CHF                      SNB Monetary Policy Assessment

16:00                     CHF                      SNB Press Conference

19:00                     CrudeOIL              OPEC Monthly Report

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German CPI (MoM) (May) 0.2% 0.2%
15:30 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% 0.75%
17:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Apr) -0.3% -0.5%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (May) 0.2% -0.3%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 218K 215K

 

 

Analisis Teknikal.

 

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.90. MACD yang menunjukkan penyusutan dalam momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.45.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.25

Tahap sokongan: 96.45, 96.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata sementara menguji pada tahap sokongan di 1.2680. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2795

Tahap sokongan: 1.2680, 1.2610

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1280. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1.1335.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1395

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 108.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.85.

 

Tahap rintangan: 108.50, 109.15

Tahap sokongan: 107.85, 107.10

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.6900. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

 

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang secara rata sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6570. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan dalam momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 0.6600 sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6600, 0.6645

Tahap sokongan: 0.6570, 0.6545

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3335. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3290.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3380

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3230

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.9965. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.9910.

 

Tahap rintangan: 0.9965, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9910, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 50.55. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan dalam momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 52.70 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 52.70, 54.50

Tahap sokongan: 50.55, 48.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1334.65. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1345.55.

 

Tahap rintangan: 1345.55, 1353.10

Tahap sokongan: 1334.65, 1323.10