83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Julai 2017                       Analisis Harian

 

Dolar A.S. berayun, testimoni Yellen dovish.

Dolar A.S. ditekan apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain pada awal hari Khamis selepas pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen tidak memberikan isyarat yang agresif seperti yang dijangkakan. Indeks dolar merosot sebanyak 0.04% dan disebut niaga berhampiran 95.44. Walaupun testimoni Yellen memberikan isyarat untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran, beliau menolak idea untuk mengamalkan kenaikan kadar yang lebih pantas oleh kerana ia tidak jauh dari paras neutral. Selain itu, beliau juga mengulas bahawa tekanan inflasi semasa adalah berada di bawah sasaran dan menyatakan bahawa ketidakpastian yang tertentu boleh mempengaruhi pendirian dasar kewangan kelak. Sebaliknya, dolar Kanada telah mengukuhkan kedudukannya berhampiran dengan paras tinggi 13 bulan di $1.2748 selepas Bank Pusat Kanada meningkatkan kadar faedah buat pertama kali sejak 2010. Dalam satu kenyataan, bank tersebut menjelaskan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah kukuh dan ia telah menjadi stabil apabila dibandingkan dengan sebelumnya. Namun, bank tersebut juga mengulas bahawa faktor-faktor di sebalik tekanan inflasi yang lemah adalah sementara dan pelarasan bagi harga minyak yang rendah telah pun selesai.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.29% ke $45.36 walaupun laporan inventori mencatat penurunan yang lebih tinggi daripada ramalan. Di dalam satu laporan yang dilepaskan oleh OPEC, kadar pengeluaran kartel tersebut telah meningkat sebanyak 1.4% ke 32.61 juta tong sehari bagi bulan Jun dan ia bercanggah dengan pelan pembekuan harian yang telah dilaksanakan. Sebaliknya, harga emas menokok sebanyak 0.19% ke $1,220.47 akibat daripada dolar yang lebih lemah berikutan dengan pesimisme Yellen.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative                CrudeOIL              IEA Monthly Report

22:00                     USD                      Fed Chair Yellen Testifies

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11:30 CNY – Trade Balance (USD) (Jun) 40.81B 42.44B
20:30 USD – Initial Jobless Claims 248K 245K
20:30 USD – PPI (MoM) (Jun) 0.0% -0.1%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah memasuki saluran menurun semula selepas ia melantun dari tahap sokongan kukuh di 1.2800. Penutupan niaga di atas 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke paras atas saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2800

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Pemecahan pada tahap rintangan 1.1440 akan mencadangkan EURUSD lebih cenderung untuk melanjutkan kenaikannya ke paras 1.1480 selepas itu.

 

Tahap rintangan: 1.1440, 1.1480

Tahap sokongan: 1.1385, 1.1330

 

 

USDCAD

USDCAD, H4: USDCAD menjunam secara mendadak selepas ia gagal untuk melanjutkan kenaikannya melepasi garisan 60-MA (hijau). Kedua-dua garisan MA yang kini mula untuk melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan USDCAD untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2735.

 

Tahap rintangan: 1.2800, 1.2850

Tahap sokongan: 1.2735, 1.2680

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya di 114.50. Penutupan niaga di bawah tahap Fibonacci 23.6 di 113.15 akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran berikut di 112.30.

 

Tahap rintangan: 113.80, 114.50

Tahap sokongan: 113.15, 112.30

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan di 43.70. Penunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek selepas ia melantun dari tahap sokongan 45.25.

 

Tahap rintangan: 47.00, 48.50

Tahap sokongan: 45.25, 43.70

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah) dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1220.00. Penutupan niaga di atas tahap tersebut akan mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya pada jangka pendek dan menuju ke paras atas saluran menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 1220.00, 1230.00

Tahap sokongan: 1207.00, 1197.00