13 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar tersangkut selepas inflasi susut.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada semalam walaupun indeks harga pengguna AS memaparkan pertumbuhan yang lebih perlahan daripada jangkaan. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.11% sambil disebut niaga berhampiran 94.50 semasa awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada Labor Department, indeks harga pengguna (CPI) bagi bulan Jun meningkat dengan kadar 0.1%, tersasar daripada jangkaan untuk bertumbuh sebanyak 0.2%. Namun, data tersebut telah gagal mematahkan sentimen optimisme terhadap dolar oleh kerana perlaksanaan tarif perdagangan baru-baru ini boleh mendorong kepada tekanan inflasi domestik yang lebih tinggi. Selain itu, dolar menerima sokongan bullish yang lebih lanjut selepas tuntutan pengangguran menurun ke paras 214,000 individual, lebih baik daripada jangkaan ekonomis dengan bacaan sebanyak 226,000. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.23% ke $1.3175 susulan dengan risiko Brexit yang masih berlegar. Segelintir ahli penggubal dasar memberikan kritikan mereka ke atas pembebasan laporan cadangan Brexit (White Paper) yang tidak membawa manfaat kepada UK sambil menimbulkan prospek pesimisme terhadap strategi rundingan yang digunakan oleh PM Theresa May.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.31% ke $7020 setong selepas para pedagang mengimbangi impak peningkatan pembekalan minyak dari Libya dengan pembekal minyak utama yang berkemungkinan gagal dalam membendung kekurangan stok global. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,246.49 se troy auns susulan dengan kekukuhan dolar baru-baru ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| Tentatif | CNY – Trade Balance (USD) (Jun) | 24.92B | 27.90B | – |
| 20:30 | USD – Import Price Index (MoM) (Jun) | 0.6% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) | 98.2 | 98.1 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil rig Count | 858 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia berundur dari garisan trend bearish. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3165.
Tahap rintangan: 1.3200, 1.3235
Tahap sokongan: 1.3165, 1.3120
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat diantara 1.1660 dan 1.1690. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan dari paras oversold mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1690, 1.1725
Tahap sokongan: 1.1660, 1.1630
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 112.60. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan 113.25.
Tahap rintangan: 113.25, 114.15
Tahap sokongan: 112.60, 112.10
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 69.30. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk meneruskan bias bearish selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 70.70, 71.30
Tahap sokongan: 69.30, 67.90
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend bearish. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1248.20, 1253.45
Tahap sokongan: 1242.20, 1238.40