83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 September 2017                           Analisis Harian

 

Pound sterling melonjak, dolar A.S. masih menerima tekanan!

GBP/USD telah mencapai paras yang tertinggi di dalam setahun dengan 1.3279 selepas ia meningkat sebanyak 0.89%. Menurut kepada kenyataan dari Office for National Statistics, indeks harga pengguna telah menjangkaui ramalan ekonomis dengan kenaikan sebanyak 2.9% berbanding 2.8%. Faktor utama yang mendorong kepada data yang positif ini adalah peningkatan kos pakaian dan transit di mana purata peningkatan harga pakaian mencecah 2.4% pada bulan Ogos, momentum kenaikan yang terpantas sejak tahun lalu. Selain itu, pertumbuhan gaji di UK telah mencapai 2.1% secara tahunan. Laporan tersebut telah dilepaskan sebelum Bank Pusat England (BoE) mengadakan mesyuarat dasar kewangan di mana kadar faedah dijangka untuk kekal rata di paras rekod rendah. Sebelumnya, BoE mengulas bahawa jangkaan inflasi UK dicadangkan untuk mencapai 3.0% pada bulan Oktober bagi mencerminkan penurunan yang mendadak pada pound sterling sejak referendum Brexit diadakan pada tahun lalu. Sementara itu, indeks dolar telah susut sebanyak 0.03% ke 91.89 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Ia didagang secara tipis berikutan dengan kekukuhan permintaan di dalam pasaran buruh yang menunjukan jumlah pekerjaan yang ditawarkan pada bulan Julai untuk mencecah 6.2 juta berbanding dengan ramalan sebanyak 5.96 juta. Namun, kenaikan pada dolar adalah terhad selepas pound sterling melonjak ke paras tinggi setahun berikutan dengan data yang optimistik.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak telah meningkat sebanyak 16 sen ke $48.23 setong selepas OPEC memberikan pandangan positif terhadap permintaan minyak mentah untuk separuh tahun kedua yang boleh menurunkan kelebihan stok. Selai itu, harga emas menurun sebanyak 0.26% ke $1330.15 se troy auns selepas permintaan bagi aset selamat susut berlatarbelakangkan ketegangan di Semenanjung Korea yang makin menurun.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa     Pasaran                Acara

14:30     CrudeOIL               IEA Monthly Report

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German CPI (MoM) (Aug) 0.1% 0.1%
16:30 GBP – Average Earnings Index + Bonus (Jul) 2.1% 2.3%
16:30 GBP – Claimant Count Change (Aug) -4.2K 0.6K
17:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Jul) -0.6% 0.1%
20:30 USD – PPI (MoM) (Aug) -0.1% 0.3%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 4.580M

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1920. Pembentukan formasi rising sun pada candlestick dan juga MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan EURUSD untuk meneruskan momentum menaiknya dan menguji di tahap rintangan 1.2070.

 

Tahap rintangan: 1.2070, 1.2270

Tahap sokongan: 1.1920, 1.1830

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3160. Garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk meningkat selanjutnya ke tahap rintangan di 1.3390.

 

Tahap rintangan: 1.3390, 1.3720

Tahap sokongan: 1.3160, 1.3060

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 110.10. MACD histogram yang makin susur ke bawah mencadangkan ia untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap sokongan 110.10 sebelum meneruskan momentum menaiknya.

 

Tahap rintangan: 110.95, 111.75

Tahap sokongan: 110.10, 109.05

 

CrudeOIL

Crude OIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 48.40. Silang pada garisan isyarat MACD mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menguji di tahap sokongan 48.00.

 

Tahap rintangan: 48.40, 49.35

Tahap sokongan: 48.00, 47.25

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1328.20. MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan harga emas untuk meningkat selanjutnya dan menguji di tahap rintangan 1339.55.

 

Tahap rintangan: 1339.55, 1357.40

Tahap sokongan: 1328.20, 1321.35