13 September 2018 Analisis Harian
Dolar menjunam di tengah-tengah data ekonomi yang lemah.
Indeks dolar telah menjunam sebanyak 0.45% ke 94.30 pada sesi dagangan awal Asia di tengah-tengah pelepasan data ekonomi AS iaitu Producer Price Index untuk bulan Ogos semalam. Data PPI yang bertindak sebagai petunjuk utama inflasi harga pengguna di mana ia menyumbang sebahagian besar kepada seluruh inflasi telah memberi bacaan sebenar sebanyak -0.1%, 0.3% lebih kurang daripada data ramalan sebanyak 0.2%. Selain itu, kejatuhan dolar juga didorong oleh pelonggaran ketegangan perdagangan antara AS dan China apabila pentadbiran Trump telah menjemput China untuk mengadakan perundingan perdagangan yang baru. Ketidakpastian para pelabur mengenai hasil perbincangan perdagangan antara kedua-dua negara tersebut telah mengurangkan keyakinan pelabur terhadap dolar dan bermula untuk mencari aset yang lebih selamat. Dalam berita lain, dolar Aussie telah mengukuh sebanyak 0.29% ke 0.7185 pada sesi dagangan awal Asia di tengah kelemahan dolar serta kemunculan sentimen positif daripada pelepasan data ekonomi Employment Change mereka. Employment Change untuk bulan Ogos mempunyai bacaan sebenar sebanyak 44.0K, lebih tinggi daripada data ramalan sebanyak 16.5K. Sejak pelepasan data tersebut, keyakinan pelabur terhadap nilai dolar Aussie telah meningkat.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.60% ke $69.85 setong selepas mendaki paras tinggi seminggu ke $71.25 setong susulan dengan pelepasan data ekonomi Crude Oil Inventories. Data sebenar dengan bacaan -5.296M lebih rendah daripada data ramalan sebanyak -1.300M. Pengurangan inventori telah mendorong kenaikan harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.58% ke $1204.50 pada semalam selepas dolar merosot akibat bacaan data PPI yang lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Sep) | 0.75% | 0.75% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.2% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3070. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparan isyarat bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3020.
Tahap rintangan: 1.3070, 1.3095
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2970
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dalam saluran sisi di antara tahap rintangan 1.1645 dan tahap sokongan 1.1615. Oleh kerana kekurangan isyarat dalam petunjuk MACD mencadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih jelas didapat seperti pemecahan pada tahap rintangan atau tahap sokongan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1645, 1.1690
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1565
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 111.25. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 111.65.
Tahap rintangan: 111.65, 111.95
Tahap sokongan: 111.25, 110.85
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 70.45. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 69.55.
Tahap rintangan: 70.45, 71.25
Tahap sokongan: 69.55, 68.55
GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1207.80. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish mencadagkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1203.00
Tahap rintangan: 1207,80, 1212.15
Tahap sokongan: 1203.00, 1198.95