13 September 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar berundur susulan kekeliruan dalam laporan perdagangan.
Indeks dolar telah berundur dari tahap tinggi selepas laporan untuk menghentikan perang perdagangan buat sementara waktu antara A.S dan China telah dinafikan oleh Rumah Putih. Menurut kepada perkembangan baru-baru ini, dolar melonjak pada seawalnya susulan dengan laporan daripada Bloomberg menyatakan bahawa Washington sedang bersedia untuk membuat perjanjian perdagangan yang terhad dengan China yang akan melambatkan dan berkemungkinan juga mengurangkan beberapa tarif oleh Amerika Syarikat sebagai pertukaran untuk perjanjian China dalam menghormati hak harta intelek dan mula membeli Barang pertanian AS lagi. Namun, dolar AS pantas mengambil keuntungannya selepas sumber lain oleh CNBC menyatakan bahawa pegawai kanan Rumah Putih yang tidak dinamakan telah menafikan cerita tersebut. Para pelabur kekal bimbang dan berhati-hati kerana ketidakpastian dalam ketegangan perdagangan terus menghantui pasaran. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.29% hingga 98.30 semasa penulisan. Sementara itu, EUR/USD berundur sebanyak 0.02% ke 1.1058 pada masa penulisan selepas lantunan yang ketara didorong oleh ucapan Draghi dan perkembangan perdagangan. ECB telah mengurangkan kadar buat kali pertama sejak 2016 seperti yang dijangkakan dan ia juga melancarkan pusingan pembelian bon baru. Data tersebut pada awalnya telah mengheret euro ke bawah. Namun, Presiden ECB Mario Draghi telah menyampaikan mesej yang kurang dovish yang dijangkakan oleh pasaran, justerunya menyebabkan Euro melantun semula di seluruh pasaran.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun 0.08% ke $55.05 setong semasa penulisan berikutan dengan para pelabur takut akan bekalan Iran mungkin akan kembali. Menurut laporan baru-baru ini, Penasihat Keselamatan Negara AS John Bolton telah meninggalkan pentadbiran Trump selepas Presiden Donald Trump ingin mengurangkan sekatan ke atas Iran untuk menyelesaikan perjanjian nuklear baru yang membolehkan Iran mengeksport minyaknya sekali lagi sebagai balasan untuk tidak membuat senjata atom. Seterusnya, harga emas menyusut sebanyak 0.06% kepada $1498.13 se troy auns sebagai penulisan susulan dengan para pelabur memangkas kenaikannya sebagai pengambilan keuntungan selepas kenaikan yang didorong oleh kadar ECB dan nota dovish dari Fed.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | 1.0% | 0.1% | – |
| 20.30 | USD –Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.7% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 98.40, 98.65
Tahap sokongan: 98.05, 97.80

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2400, 1.2515
Tahap sokongan: 1.2325, 1.2260

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.1070. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1070, 1.1150
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0930

USDJPY, Daily: USDJPY telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan 107.85. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 108.70.
Tahap rintangan: 108.70, 109.60
Tahap sokongan: 107.85, 107.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6865, 0.6900
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6750

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6395. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6410, 0.6440
Tahap sokongan: 0.6395, 0.6360

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3220. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepa sia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 55.55. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 54.45.
Tahap rintangan: 55.55, 57.30
Tahap sokongan: 54.45, 53.00

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepa sia melantun dari tahap sokongan 1494.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1509.00, 1523.00
Tahap sokongan: 1494.50, 1483.50