13 Oktober 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. susut sebelum pembebasan data inflasi.
Dolar A.S. telah ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia susut sebanyak 0.05% ke 92.74. Para pelabur kini akan menunggu pembebasan data Indeks Harga Pengguna (CPI) pada malam ini untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai tempoh kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Semalaman, dolar telah melanjutkan keuntungannya selepas US Department of Labor melaporkan penyusutan pada tuntutan pengangguran sebanyak 15,000 ke jumlah yang diselaraskan sebanyak 258,000 bagi minggu lalu. Data tersebut telah memberikan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan untuk susut hanya 7,000 sahaja. Selain itu, data Indeks Harga Pengeluar (PPI) telah meningkat di dalam jangkaan dengan 0.4% dan ia telah menurunkan kebimbangan para pelabur terhadap tekanan inflasi yang lebih suram susulan minit mesyuarat FOMC yang dovish. Bagi rantau yang lain, pound sterling telah meningkat sebanyak 0.12% ke $1.3278 berbanding dengan dolar A.S. selepas ia menjunam pada semalam akibat daripada ketidaktentuan Brexit. Menurut kepada perunding Brexit EU Michel Barnier, rundingan baru-baru ini telah berdepan dengan kebuntuan dan sebarang rundingan mengenai perdagangan akan ditangguhkan untuk masa ini. Perkembangan yang lebih suram ini telah meningkatkan ketidaktentuan pada ekonomi UK yang berkemungkinan untuk kehilangan aksesnya ke dalam pasaran tunggal blok ekonomi tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.51% ke $50.86 setong selepas ia disokong oleh data perdagangan China yang menunjukan permintaan yang lebih tinggi sementara para pelabur kini menunggu pembebasan data dari A.S. mengenai bilangan pelantar minyak. Selain itu, harga emas melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.26% ke $1,296.62 se troy auns berikutan dengan kemungkinan ujian nuklear di Korea Utara selepas agensi geologi di Selatan melaporkan gempa bumi dengan magnitud 2.7 pada pagi ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 USD FOMC Member Rosengren Speaks
23:30 USD FOMC Member Kaplan Speaks
01:00 USD FOMC Member Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:00 | CNY – Trade Balance (USD) (Sep) | 41.99B | 39.50B | – |
| 14:00 | EUR – German CPI (MoM) (Sep) | 0.1% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.2% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) | 0.2% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Sep) | -0.2% | 1.7% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct) | 95.1 | 95.0 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 748 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3240 dan garisan 200-MA. Pemecahan tersebut telah mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan momentum menaiknya dan menuju ke sasaran berikut di 1.3330.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3175
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1820. MACD histogram yang masih susur ke atas serta lilin bullish engulfing juga mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 1.1870.
Tahap rintangan: 1.1870, 1.1910
Tahap sokongan: 1.1820, 1.1775
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menurun. Ia dicadangkan untuk menunggu pemecahan untuk berlaku oleh kerana kekurangan isyarat yang teliti dari pergerakan harganya dan penunjuk MACD.
Tahap rintangan: 112.60, 113.00
Tahap sokongan: 112.10, 111.65
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia gagal untuk memecahkan tahap sokongan di 50.20. Pembentukan lilin pin bar dan silang emas dari garisan isyarat MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 50.80.
Tahap rintangan: 50.80, 51.35
Tahap sokongan: 50.20, 49.25
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik serta tahap sokongan di 1289.70. Pembentukan lilin bullish pinbar dan silang emas dari garisan isyarat MACD mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya ke arah tahap rintangan 1297.60.
Tahap rintangan: 1297.60, 1302.35
Tahap sokongan: 1289.70, 1283.40