13 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak selepas sterling dijual berlatarkan Brexit.
Dolar AS memuncak di paras tinggi 17 bulan berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Isnin berikutan dengan penjualan yang mendadak pada pound sterling akibat daripada tajuk berita Brexit yang suram. Pada semalam, jurucakap Perdana Menteri UK Theresa May telah menafikan laporan yang mendakwa bahawa elemen utama dari perjanjian Brexit EU berkemungkinan untuk diserahkan kepada UK pada hari Selasa. Isyarat tersebut telah menurunkan sentimen para pelabur terhadap keadaan UK oleh kerana mereka berkemungkinan untuk melaksanakan Brexit “keras” dengan EU. Dengan hanya lima bulan sehingga Brexit, rundingan diantara dua negara tersebut telah tergendala berikutan dengan percanggahan pendapat mengenai isu dan pelan sempadan Ireland. Pada masa yang sama, usaha PM May untuk menggalakkan rundingan dengan mempertimbangkan kesatuan khas dan melanjutkan tarikh Brexit sehingga akhir bulan Disember 2021 telah menimbulkan ketidakpuasan ahli anti-EU dan pro-EU di dalam parti Konservatif beliau. Untuk setakat ini, rundingan diantara dua negara tersebut dijangka untuk diteruskan. Namun, ahli perunding memberi amaran bahawa sekiranya rundingan tersebut tidak membawa sebarang kemajuan sebelum akhir hari Rabu, maka mereka berkemungkinan untuk tidak mengadakan sidang kemuncak Brexit bagi menyelesaikan perjanjian Brexit. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.63% ke 97.46 sementara pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.15% ke 1.2853.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak menjunam sebanyak 1.27% ke paras $58.95 setong selepas Presiden AS Donald Trump membebaskan tweet yang berharapkan OPEC untuk tidak menurunkan pembekalan minyak mentah sambil menyeru untuk menurunkan harganya. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.28% ke $1,201.96 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:20 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Sep) | 2.7% | 3.0% | – |
| 17:30 | GBP – Claimant Count Change (Oct) | 18.5K | 4.3K | – |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) | -24.7 | -24.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah dibuka dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal
Tahap rintangan: 97.40, 97.80
Tahap sokongan: 97.00, 96.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2895, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2805, 1.2690

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1140

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 114.20. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 113.30.
Tahap rintangan: 113.85, 114.20
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.7220. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7170.
Tahap rintangan: 0.7205, 0.7220
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7135

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6700.
Tahap rintangan: 0.6735, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6700, 0.6660

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3255.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 1.0140, 1.0190
Tahap sokongan: 1.0095, 1.0055

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 59.45, 62.00
Tahap sokongan: 58.65, 57.00

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1206.00.
Tahap rintangan: 1206.00, 1215.95
Tahap sokongan: 1198.00, 1190.00