83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 November 2018                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar mengalami pengunduran sementara pelabur menunggu data CPI.

Dolar berundur dari paras tinggi berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas mencapai paras tinggi 20hb Jun 2017 semalam. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data Core CPI AS yang akan diumumkan hari esok. Merujuk kepada Bureau of Labor Statistics AS, data tersebut dijangka untuk memberi bacaan sebanyak 0.2%, lebih tinggi daripada bulan lepas sebanyak 0.1%. Data PPI AS yang dibebaskan pada minggu lepas telah menunjukkan kelihatan ekonomi AS yang berdaya tahan. Core CPI dijangka untuk menunjukkan data yang baik kerana kedua-dua data PPI dan CPI adalah digunakan untuk mengukur naik turun harga barangan dan perkhidmatan. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 97.30 semasa penulisan. Selain itu, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.22% ke 1.2875 semasa sesi dagangan Asia walaupun isu Brexit masih tidak dapat diselesaikan. Merujuk kepada Reuters, rundingan Brexit masih ditangguhkan akibat ketidaksepakatan terhadap isu pelan backstop Ireland Utara, yang bercadang dasar insurans untuk memastikan sempadan yang longgar di pulau Ireland sekiranya perbincangan tidak dapat dicapai menjelang tempoh akhirnya.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak menokok sebanyak 0.48% ke $59.05 walaupun Presiden AS Donald Trump telah memberi tekanan kepada OPEC untuk membatalkan pelan Saudi Arab yang ingin mengurangkan bekalan untuk menaikkan harganya. Beliau di Twitternya telah menuduh Saudi Arab dan OPEC bahawa harga minyak mentah sepatutnya lebih rendah dengan keadaan bekalan setakat ini. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.36% ke $1204.65 di tengah-tengah penurunan harga dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

19:20                     CrudeOIL                               OPEC Monthly Report

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Sep) 2.7% 3.0%
17:30 GBP – Claimant Count Change (Oct) 18.5K 4.3K
18:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) -24.7 -24.2

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 97.45. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 97.05.

 

Tahap rintangan: 97.45, 97.75

Tahap sokongan: 97.05, 96.75

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2845. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2920.

 

Tahap rintangan: 1.2920, 1.2960

Tahap sokongan: 1.2845, 1.2780

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1215. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1255.

 

Tahap rintangan: 1.1255, 1.1315

Tahap sokongan: 1.1215, 1.1175

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 113.65. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 114.05.

 

Tahap rintangan: 114.05, 114.25

Tahap sokongan: 113.65, 113.55

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7210. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya kembali ke tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7210, 0.7235

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7145

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6710. MACD yang memaparkan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6755.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6790

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6675

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3230. MACD yang menunjukkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3205.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3245

Tahap sokongan: 1.3205, 1.3180

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.0105. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.0080.

 

Tahap rintangan: 1.0105, 1.0125

Tahap sokongan: 1.0080, 1.0045

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 59.55. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 58.65.

 

Tahap rintangan: 59.55, 61.25

Tahap sokongan: 58.65, 57.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1200.25. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1204.65.

 

Tahap rintangan: 1204.65, 1211.20

Tahap sokongan: 1200.25, 1196.00