13 November 2019 Analisis Sesi Pagi
Sterling menurun selepas data pekerjaan mengecewakan.
Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya pada semalam berlatarbelakangkan data ekonomi yang suram dari United Kingdom. Menurut kepada Office for National Statistics, Average Earnings Index +Bonus bagi bulan September memberi bacaan sebanyak 3.6%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 3.8%. Selain itu, Claimant Count Change untuk bulan Oktober meningkat ke 33,000 individual, lebih tinggi berbanding dengan ramalan iaitu 24,000 individual. Kedua-dua data telah menurunkan sentimen positif ke atas sterling sambil mengakibatkan penjualan jangka pendek. Namun, kerugian yang dialaminya adalah terhad selepas ketua parti Brexit Nigel Farage mengumumkan bahawa parti beliau tidak akan bertanding untuk mana-mana kerusi yang dipegang oleh Parti Konservatif semasa pilihanraya umum pada 12hb Disember. Pengumuman ini telah meningkatkan kebarangkalian PM UK Boris Johnson untuk melaksanakan perjanjian Brexit sekiranya parti beliau memenangi pilihanraya tersebut. Sementara itu, dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi pada semalam susulan dengan penurunan mata wang utama yang lain. Namun, para pelabur masih kekal berwaspada sementara menunggu perkembangan yang lebih lanjut mengenai rundingan perdagangan AS dan China. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.15% ke 98.15 sementara pasangan GBP/USD menokok sedikit sebanyak 0.01% ke 1.2850.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara rata berdekatan $56.75 setong. Harga minyak masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai rundingan perdagangan AS-China serta laporan mingguan mengenai stok minyak di AS. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,456.56 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
00:00 (14hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Oct) | 1.7% | 1.6% | – |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.1% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 98.20, 98.55
Tahap sokongan: 98.10, 97.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.2820. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3035
Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 1.1010. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1085, 1.1145
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0965

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 109.30. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 108.75.
Tahap rintangan: 109.30, 109.70
Tahap sokongan: 108.75, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6815, 0.6780

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6325. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6340, 0.6370
Tahap sokongan: 0.6325, 0.6310

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3125

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek ke arah 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9940, 0.9965
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9885

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 57.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian bagi jangka pendek dan menuju ke arah 56.55.
Tahap rintangan: 56.95, 57.40
Tahap sokongan: 56.55, 55.75

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1483.60. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1483.60, 1515.00
Tahap sokongan: 1442.90, 1410.00