83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

 

Theresa May selamat dari drama “No Confidence”.

Dolar menyusut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Rabu susulan dengan data ekonomi yang lebih suram serta pembelian yang tinggi ke atas mata wang pound sterling. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.40%, disebut niaga berhampiran 96.96 semasa sesi Asia. Menurut kepada US Labor Department, data Indeks Harga Pengguna (CPI) kekal tidak berubah bagi bulan November, tersasar daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 0.1%. Data tersebut menyertai beberapa siri laporan ekonomi yang suram untuk tempoh kebelakangkan. Selain itu, para pelabur mencadangkan bahawa keadaan yang makin bertambah buruk boleh tersasar daripada ramalan Bank Pusat AS kelak. Sementara itu, pasangan GBP/USD melonjak lebih daripada 1% ke paras 1.2630 selepas Perdana Menteri UK Theresa May selamat dari undian “No Confidence” terhadap beliau. Menurut kepada laporan, 200 daripada 317 ahli Parlimen parti Konservatif telah mengundi untuk menyokong kepimpinan May dan ia telah membolehkan beliau untuk kekal sebagai pengerusi parti tersebut dan pelan Brexit beliau. Di dalam ucapan May, beliau mengulas bahawa draf tersebut bakal dihantar kepada Parlimen pada lewat bulan Januari untuk diundi. Namun, EU enggan untuk merundingkan semula syarat draf tersebut dan ia telah meninggalkan May di dalam keadaan buntu untuk masa kini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 1% ke paras $51.30 setong. Harga komoditi ini mengalami tekanan menurun selepas laporan Reuters memaparkan bahawa sistem paip Sunrise di Texas Barat berkemungkinan untuk dibuka lebih awal daripada jangkaan dan ia bakal meningkatkan inventori minyak di Oklahoma ke paras tinggi setahun. Sementara itu, harga emas meneruskan kenaikannya sebanyak 0.07% ke paras $1,246.51 se troy auns selepas dolar AS susut dari paras tingginya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

16:30                     CHF                         SNB Monetary Policy Assessment

16:30                     CHF                         SNB Press Conference

Tentatif                 EUR                        EU Leaders Summit

21:30                     EUR                        ECB Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
20:45 EUR – Deposit Facility Rate -0.40% -0.40%
20:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
20:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec) 0.00% 0.00%
21:30 USD – Import Price Index (MoM) (Nov) 0.5% -1.0%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 231K 226K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 97.00.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.80, 96.60

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2900

Tahap sokongan: 1.2500, 1.2380

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di sasaran 1.1360. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450

Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 113.70.

 

Tahap rintangan: 113.70, 113.85

Tahap sokongan: 113.30, 112.95

 

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras rendahnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat lantunan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek di dalam saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265

Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6890. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan aliran menurunnya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan yang kukuh iaitu 0.6830.

 

Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940

Tahap sokongan: 0.6830, 0.6780

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari sasaran 1.3315. MACD yang mula untuk membentuk silang bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3380, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3315, 1.3255

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk silang bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.9930.

 

Tahap rintangan: 0.9930, 0.9955

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 52.00.

 

Tahap rintangan: 52.00, 53.90

Tahap sokongan: 50.25, 49.50

 

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1242.10.

 

Tahap rintangan: 1253.00, 1263.20

Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25