14 Mac 2018 Analisis Harian
Dolar AS dijual selepas risiko politik meningkat!
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menurun sebanyak 0.29% ke 89.63 berbanding dengan sebakul mata wang utama yang lain berlatarbelakangkan data inflasi yang lemah serta risiko politik di AS. Semalaman, data Consumer Price Index (CPI) telah mencatat peningkatan sebanyak 0.2% bagi bulan Februari sementara perbandingan tahun-ke-tahun memberikan masih kekal tidak berubah dengan 1.8%. Kekurangan momentum bullish dari data tersebut telah mengurangkan jangkaan para pelabur terhadap Bank Pusat AS dari melakukan kenaikan kadar yang lebih agresif. Selain itu, dolar telah menerima tekanan yang lebih lanjut selepas Setiausaha Negara Rex Tillerson telah dipecat oleh Presiden AS Donald Trump selepas kedua-dua pihak tersebut gagal untuk mencapai kata sepakat mengenai urus janji nuklear Iran sambil meningkatkan ketidaktentuan politik di Washington. Sebaliknya, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.55% ke $1.3981 susulan dengan kenyataan bajet ekonomi yang lebih optimistik dari Canselor Philip Hammond yang telah meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara (GDP) bagi tahun 2018 dari 1.4% ke 1.5%.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.10% ke $60.78 setong susulan dengan sentimen negatif para pelabur terhadap pembekalan minyak AS yang makin meningkat dan boleh menjejaskan usaha ahli dan bukan ahli OPEC dalam mengurangkan kelebihan stok global. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.49% ke $1,326.11 se troy auns berlatarbelakangkan risiko politik dari pentadbiran Trump.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
07:50 JPY Monetary Policy Meeting Minutes
16:00 EUR ECB President Draghi Speaks
19:20 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | AUD – Westpac Consumer Sentiment (Mar) | -2.3% | – | 0.2% |
| 10:00 | CNY – Fixed Asset Investment (YoY) (Feb) | 7.2% | 7.0% | 7.9% |
| 10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (Feb) | 6.2% | 6.3% | 7.2% |
| 15:00 | EUR – German CPI (MoM) (Feb) | 0.5% | 0.5% | – |
| 18:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Feb) | 0.4% | -0.4% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) | 0.0% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Feb) | 0.4% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Feb) | -0.3% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – Business Inventories (MoM) (Jan) | 0.4% | 0.6% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.408M | 2.718M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -0.788M | -1.201M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah rintangan pada garisan 200-MA dan pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan di 1.3980. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3980, 1.4050
Tahap sokongan: 1.3890, 1.3800
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2380. Namun, garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan bias bullish.
Tahap rintangan: 1.2440, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2380, 1.2340
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 106.40. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 106.90.
Tahap rintangan: 106.90, 107.20
Tahap sokongan: 106.40, 105.90
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi dalam segi tiga menurun setelah ia melantun dari tahap sokongan di 60.50. Kekurangan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan histogram MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi mengenai pergerakan harga komoditi tersebut.
Tahap rintangan: 62.00, 63.60
Tahap sokongan: 60.50, 58.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 1326.80. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk didagang dengan lebih rendah ke sokongan pada garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 1326.80, 1335.20
Tahap sokongan: 1316.20, 1309.60