83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

 

 

Dolar AS melantun semula manakala geopolitik terus menekan

 

Dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain pada hari Khamis, dengan indeks dolar AS meningkat sebanyak 0.32% sehingga 100.38, melantun semula daripada kemerosotan sesi sebelumnya, berikutan komen Presiden Trump yang mengatakan bahawa dolar AS adalah “semakin terlalu kuat” manakala kebanyakannya disokong oleh data ekonomi AS yang yakin. Walau bagaimanapun dolar AS telah melantun semula semalaman, kerana para pelabur seolah-olah untuk melindungi kedudukan jualan menjelang cuti ‘Good Friday’ di Amerika Syarikat dan Eropah Jumaat ini. Sementara itu, pertumbuhan tuntutan pengangguran awal yang lebih perlahan daripada jangkaan ahli ekonomi dan sentimen pengguna yang lebih kuat telah meningkatkan sentimen pasaran manakala harga pengeluar AS jatuh buat kali pertama dalam tempoh 7 bulan. Jabatan Buruh AS berkata pada hari Khamis, tuntutan pengangguran awal jatuh sebanyak 1,000 sehingga 234,000 untuk minggu berakhir 8 April manakala indeks harga pengeluar untuk permintaan akhir susut 0.1% pada bulan lepas. Universiti Michigan juga berkata indeks sentimen pengguna meningkat kepada 98.0 pada bulan April, jauh melebihi jangkaan kejatuhan kepada 96.5. Sebaliknya, dolar Australia didagang lebih tinggi, meningkat 0.77% kepada 0.7581, berikutan pelepasan satu siri data buruh Australia yang lebih baik daripada jangkaan.

 

Untuk pasaran komoditi, harga emas didagang lebih tinggi pada hari Khamis, meningkat $10.05, atau 0.78% sehingga $1,288.15 se-auns kerana para pelabur terus menyokong logam kuning di pertengahan kebimbangan geopolitik sambil kebanyakan data ekonomi AS yang lebih baik juga gagal untuk mengambil berat di atas sentimen itu. Selain itu, harga minyak mentah diselesaikan lebih tinggi pada hari Khamis, meningkat 7 sen pada $53.18 setong selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) berkata bahawa permintaan dan bekalan minyak adalah mendekat untuk seimbang semula selepas beberapa negara-negara maju memotongkan pengeluaran mereka.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                                  Event

All Day                   U.S.                                                        Good Friday

All Day                   E.U.                                                        Good Friday

All Day                   Australia                                               Good Friday

All Day                   New Zealand                        Good Friday

All Day                   U.K.                                                        Good Friday

 

Acara Kemuncak Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
20:30 USD – CPI (MoM) (Mar) 0.2% 0.2%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) 0.2% 0.1%

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD,H1: GBPUSD didagang lebih rendah dan kini berlegar di bawah kedua-dua garisan MA. Merujuk kepada MACD yang mana kedua-dua garisan pergerakannya menuju ke bawah dan momentumnya dilihat di bawah tahap 0, mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 1.2500.

 

Tahap rintangan: 1.2520, 1.2570

Tahap sokongan: 1.2490, 1.2470

 

EURUSD

EURUSD,H4: EURUSD berlegar dalam julat dagangan antara 1.0620 dan 1.0610 selepas penurunannya daripada tahap rintangan 1.0680 sehingga tahap di bawah kedua-dua garisan MA. Kedua-dua garisan MA terus menyempit dan hampir membentuk corak silang kematian, memberikan isyarat penurunan selanjutnya dan mencadangkan untuk menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 1.0610.

 

Tahap rintangan: 1.0620, 1.0640

Tahap sokongan: 1.0610, 1.0590

 

USDJPY

USDJPY,H4: USDJPY kekal didagang sebagai aliran menurun dan kin telah melantun semula daripada tahap sokongan 108.70. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang makin menyempit dan menuju ke atas, USDJPY dicadangkan untuk didagang lebih tinggi dalam jangka pendek. Walau bagaimanapun, ia dijangkakan untuk menurun selanjutnya mengikuti aliran menurun selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 108.70.

 

Tahap rintangan: 110.30, 111.30

Tahap sokongan: 108.70, 106.50

 

GOLD

GOLD,H1: Harga emas kekal berlegar di bawah tahap rintangan 1289.00. Berdasarkan arah kedua-dua garisan MA, harga emas dicadangkan untuk menaik selanjutnya selepas harganya ditutup di atas tahap rintangan 1289.00.

 

Tahap rintangan: 1289.00, 1300.00

Tahap sokongan: 1277.00, 1270.00

 

Crude Oil

CrudeOIL,H4: Harga minyak mentah telah ditutup di bawah garisan MA20 (Merah) sebelumnya, mencadangkan penurunan selanjutnya untuk jangka pendek sebagai pembetulan teknikal atau jangka pengunduran. Walau bagaimanapun, arah aliran kekal menuju ke atas.

 

Tahap rintangan: 53.740, 55.00

Tahap sokongan: 52.20, 51.20