14 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar ditekan oleh ketegangan perang perdagangan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama kekal ditekan oleh ketegangan perang perdagangan yang masih menghantui pasaran. Para pelabur kini telah mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran aset selamat seperti emas dan Yen Jepun susulan dengan penghindaran risiko. Pada awal minggu ini, China telah mengenakan tarif tambahan ke atas $60 bilion barangan AS termasuk sayuran beku dan gas asli cecair sebagai tindakan balas selepas AS menambahkan tarif ke atas barangan China pada minggu lepas. Walau bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa walaupun mereka belum bersedia untuk meningkatkan tarif tambahan ke atas $325 bilion barangan China, tetapi beliau tidak akan membiarkan China untuk mengambil kesempatan pada perjanjian perdagangan. Untuk setakat ini, perundingan perdagangan masih dijalani dan Trump menegaskan bahawa sidang kemuncak G20 di Jepun merupakan peluang yang terbaik bagi mencapai perjanjian. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.01% ke 97.05 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.04% ke 1.2960 walaupun perundingan di antara parti konservatif dan parti pembangkang mungkin dihentikan. Perdana Menteri UK Theresa May dan ahli partinya kini sedang bertemu untuk memutuskan sama ada untuk menghentikan perundingan di antara parti yang masih gagal untuk mencapai sebarang kesepakatan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.58% ke $61.15 setong akibat dengan serangan ke atas dua kapal tangki minyak di Arab Saudi berhampiran pantai United Arab Emirates. Para pelabur bertindak balas terhadap berita tersebut dengan berspekulasi harga minyak mentah. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.02% ke $1299.60 se troy auns selepas ia mencecah paras tinggi $1300 sejak 11hb April di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) | 3.5% | 3.4% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Apr) | 28.3K | 24.2K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (May) | 3.1 | 5.1 | – |
| 17:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Mar) | -0.2% | -0.3% | – |
| 17:00 | EUR – ZEW Economic Sentiment | 4.5 | 5.0 | – |
| 04:30
(15hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 2.806M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang secara rata di atas tahap sokongan 97.00. Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau lantunan pada tahap sokongan tersebut adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 97.60, 98.25
Tahap sokongan: 97.00, 96.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3000. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2925.
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3105
Tahap sokongan: 1.2925, 1.2865

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1240. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1240, 1.1305
Tahap sokongan: 1.1185, 1.1145

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 109.55. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.55, 110.10
Tahap sokongan: 109.15, 108.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6970. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan di 0.6970.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6855

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6635.
Tahap rintangan: 0.6635, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan paras atas saluran tersebut di 1.3485. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk berundur ke arah tahap sokongan di 1.3435.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada tahap sokongan sebelumnya di 1.0070. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih tinggi.
Tahap rintangan: 1.0070, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0015, 0.9960

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 61.80.
Tahap rintangan: 61.80, 63.15
Tahap sokongan: 60.15, 58.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1302.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1295.65.
Tahap rintangan: 1302.50, 1311.40
Tahap sokongan: 1295.65, 1287.85