14 Jun 2017 Analisis Harian
Dolar kehilangan momentum sebelum mesyuarat FOMC.
Dolar A.S. meneruskan kerugiannya semasa sesi dagangan awal hari Rabu menjelang penilaian dasar kewangan oleh Bank Pusat Amerika Syarikat yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pelabur. Indeks dolar menurun sebanyak 0.05% ke 96.88 semasa penulisan. Semalaman, dolar telah merosot ke paras rendah dua bulan berbanding dengan dolar Kanada berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi untuk Loonie selepas ahi bank pusat tersebut memberikan isyarat yang agresif. Menurut kepada Timbalan Gabenor dari Bank of Canada (BoC), Carolyn Wilkins menyatakan bahawa para pembuat dasar berkemungkinan untuk menilai semula kadar faedah mereka selepas ekonomi negara menyesuaikan diri dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia. Momentum yang sama boleh dipantau di pound sterling selepas data kadar inflasi memberikan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan. Menurut kepada Pejabat Statistik Nasional, kadar inflasi tahunan telah dipercepatkan sebanyak 2.9% bagi bulan Mei, tahap yang tertinggi sejak Jun 2013 dan jauh melebihi sasaran Bank of England sebanyak 2%. Lonjakan bagi permintaan sterling dan Loonie telah memberi tekanan kepada dolar A.S. menjelang mesyuarat dasar Bank Pusat A.S. di mana majoriti para pelabur menjangkakan kenaikan pada kadar faedah. Para pelabur akan juga memantau sidang akbar oleh Pengerusi Bank Pusat Janet Yellen untuk mendapatkan isyarat selanjutnya mengenai pendirian dasar monetari bagi masa depan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 1.10% ke $45.95 setong selepas data perindustrian menunjukan peningkatan pada stok minyak A.S. sebanyak 2.8 juta tong pada minggu lalu. Selain itu, harga emas telah mengukuhkan kedudukannya di $1,268.80 selepas harga logam tersebut bergelut untuk memanfaatkan dolar yang lebih lemah berikutan dengan prospek yang lebih tinggi untuk kenaikan kadar faedah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative Crude Oil IEA Report
02:00 USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (May) | 6.5% | 6.3% | 6.5% |
16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Apr) | 2.4% | 2.4% | – |
16:30 | GBP – Claimant Count Change (May) | 19.4K | 20.3K | – |
20:30 | USD – Core CPI (MoM) (May) | 0.1% | 0.2% | – |
20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (May) | 0.3% | 0.2% | – |
20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (May) | 0.4% | 0.1% | – |
22:30 | Crude Oil – Crude Oil Inventories | 3.295M | -2.739M | – |
02:00 | USD – Fed Interest Rate Decision | 1.00% | 1.25% | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan kukuh berdekatan dengan 1.2635. Petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menurun mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan tempoh kemundurannya dan didagang dengan lebih tinggi ke sasaran tahap rintangan 1.2790.
Tahap rintangan: 1.2790, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2730, 1.2635
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan kukuh iaitu 1.1225.
Tahap rintangan: 1.1225, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1160, 1.1100
USDCAD
USDCAD, H4: USDCAD telah melanjutkan penurunannya selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Walaubagaimanapun, oleh kerana momentum menurun dari MACD histogram makin susut, USDCAD berkemungkinan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.3190.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3330
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3120
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atas sebelum ini. Stochastic Oscillator memaparkan isyarat menurun yang ketara mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya dan menuju ke paras bawah segi tiga selepas ia memecahkan tahap sokongan 109.95.
Tahap rintangan: 110.15, 110.40
Tahap sokongan: 109.95, 109.75
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras tinggi. Stochastic Oscillator mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan harga minyak mentah untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 45.30.
Tahap rintangan: 46.70, 48.40
Tahap sokongan: 45.30, 44.00
GOLD
GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas tahap Fibonacci 23.6 di 1267.00. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik yang ketara, harga emas berkemungkinan untuk melanjutkan pembetulan teknikal dan menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1273.00.
Tahap rintangan: 1273.00, 1277.40
Tahap sokongan: 1267.60, 1263.00