14 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Pemotongan kadar pada akhir bulan Julai?
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya apabila dibandingkan dengan mata wang yang lain berikutan dengan jangkaan yang tinggi terhadap Bank Pusat AS untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah. Data ekonomi yang dilepaskan baru-baru ini memaparkan penyusutan dari segi momentum pasaran pekerjaan dan kadar inflasi. Dari semalam, dua data seperti Import Price Index dan Initial Jobless Claims telah tersasar daripada ramalan dan ia telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar faedah menjelang akhir bulan Julai. Apabila merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan kenaikan kadar faedah bagi mesyuarat bulan Julai telah meningkat dari 86.5% ke 89.1%. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan Retail Sales pada malam ini untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut. Sementara itu, Yen Jepun masih menerima sokongan di dalam pasaran FX berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang masih berlegar. Terdahulu, Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa Washington akan mengenakan tarif ke atas China sekiranya rundingan perdagangan tidak diadakan semasa sidang kemuncak G-20 di Osaka pada akhir bulan ini. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% ke 96.97 sementara pasangan USD/JPY didagang secara rata berhampiran 108.38.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.17% ke $52.11 setong. Harga minyak melonjak lebih daripada 1% pada semalam selepas dua kapal penghantaran minyak utama diserang di Perairan Timur Tengah dan ini telah meningkat ketegangan diantara AS dan China serta mengurangkan pembekalan buat sementara waktu. Sementara itu, harga emas telah meneruskan keuntungannya sebanyak 0.13% ke $1,343.89 se troy auns berikutan dengan risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
20:55 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (May) | 0.1% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (May) | -0.2% | 0.7% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun) | 100.0 | 98.1 | – |
| 01:00
(15hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 789 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.05.
Tahap rintangan: 97.05, 97.50
Tahap sokongan: 96.35, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1380
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1220

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 108.20.
Tahap rintangan: 108.50, 108.70
Tahap sokongan: 108.20, 107.95

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6900.
Tahap rintangan: 0.6940, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6860

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6555. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6555.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6555, 0.6525

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3375.
Tahap rintangan: 1.3375, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3280

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9945, 0.9975
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9865

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam formasi segi tiga menurun. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 51.60
Tahap rintangan: 53.00, 54.45
Tahap sokongan: 51.60, 50.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap di 1340.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1355.00.
Tahap rintangan: 1355.00, 1375.00
Tahap sokongan: 1340.00, 1321.00