83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Jun 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar kukuh sementara pasaran memberi fokus kepada mesyuarat Fed.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah mengukuhkan kedudukannya semasa sesi dagangan awal Asia sementara para pelabur menunggu isyarat selanjutnya mengenai pemotongan kadar. Laporan terkini dan juga ketegangan perdagangan yang mengisyaratkan penyusutan dalam pertumbuhan ekonomi AS, pasaran kini menjangkakan pemotongan kadar sekurang-kurangnya dua kali menjelang akhir tahun ini. Jangkaan terhadap pengekalan kadar telah menyusut ke 11.3% semasa berbanding dengan jangkaan pada bulan lepas sebanyak 74.1%. Para pelabur juga akan menumpukan perhatian kepada data Retail Sales AS untuk mendapatkan isyarat selanjutnya di dalam pasaran. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 96.95 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah menjunam sebanyak 0.50% ke 0.6531 semasa penulisan berikutan dengan data pembuatan yang negatif. Menurut kepada Bank of New Zealand Business NZ, pertumbuhan aktiviti di dalam sektor pembuatan pada bulan Mei merupakan paras yang terlambat semenjak enam tahun yang lepas dengan bacaan sebanyak 50.2 berbanding dengan ramalannya sebanyak 54.4. Data tersebut telah memberi tekanan ke atas mata wang Kiwi serta berkemungkinan untuk menyokong pandangan dovish oleh Bank Pusat New Zealand (RBNZ) semasa mesyuarat seterusnya.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.15% ke $52.12 setong semasa penulisan. Para pelabur telah mengambil keuntungan mereka selepas harga minyak menaik akibat dengan serangan ke atas kapal tangki minyak. Ketegangan di Timur Tengah telah menambah buruk semasa Washington menyalahkan Iran atas serangan tersebut, namun Iran telah menafikan tuduhan tersebut. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada perkembangan perdagangan untuk memantau sentimen pasaran. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.38% ke $1347.12 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan risiko ketidakpastian global yang telah meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:00                     CrudeOIL                               IEA Monthly Report

20:55                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (May) 0.1% 0.5%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (May) -0.2% 0.7%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun) 100.0 98.1
01:00

(15hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 789

 

 

Analisis Teknikal

 

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 97.00. MACD yang menunjukkan penyusutan dalam momentum bullish mencadangkan indeks untuk berundur ke arah tahap sokongan 96.35 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.25

Tahap sokongan: 96.45, 96.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rata selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 1.2690. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.2615.

 

Tahap rintangan: 1.2690, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2615, 1.2515

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA_60 (merah). MACD yang menunjukkan penyusutan dalam momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.1305 sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1305, 1.1360

Tahap sokongan: 1.1240, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam segi-tiga menyempit sementara menguji pada paras bawah segi-tiga tersebut. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada paras bawah segi-tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.45, 109.15

Tahap sokongan: 107.85, 107.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6900. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6970

Tahap sokongan: 0.6900, 0.6860

 

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6540. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6510.

 

Tahap rintangan: 0.6540, 0.6580

Tahap sokongan: 0.6510, 0.6470

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3305. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3380.

 

Tahap rintangan: 1.3380, 1.3435

Tahap sokongan: 1.3305, 1.3255

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9940. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 52.65. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 52.65, 54.50

Tahap sokongan: 50.50, 49.70

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1341.15. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1358.00.

 

Tahap rintangan: 1358.00, 1370.00

Tahap sokongan: 1341.15, 1321.50