14 September 2018 Analisis Harian
Dolar menurun di tengah-tengah data ekonomi yang lemah.
Dolar telah menyusut sebanyak 0.08% ke 94.05 selepas pelepasan data ekonomi Consumer Price Index yang lemah pada hari semalam. Data ekonomi CPI dengan bacaan sebenar sebanyak 0.1% adalah lebih rendah daripada data jangkaan sebanyak 0.2% dan sejak ini telah menyebabkan kejauhan dolar akibat keyakinan pelabur terhadap dolar semakin kurang dan para pelabur bermula mencari aset yang lebih selamat. Kajatuhan dolar diselamat oleh Presiden AS Donald Trump di mana beliau mengatakan di Twitter bahawa beliau tidak berasa tertekan untuk menjalankan perjanjian perdagangan dengan China pada hari semalam tetapi sentimen tersebut tidak mencukupi untuk menghalang kejatuhan dolar kerana para pelabur masih bimbang dengan keputusan perang perdagangan yang sedang berlaku antara AS dan China. Dalam berita lain, Euro telah merosot selepas keputusan Bank Pusat Euro untuk mengurangkan ramalan bagi pertumbuhan ekonomi Eropah untuk tahun ini dan tahun depan. Semasa sidang media ECB pada hari semalam, ECB telah menyatakan bahawa ia menjangkakan untuk mengurangkan program pembelian bon yang juga dikenali sebagai Quantitative Easing yang bernilai sebanyak $2.9 trilion menjelang akhir tahun ini. EURUSD telah meningkat sebanyak 0.04% ke 1.1695 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.12% ke $68.69 setong selepas OPEC mengumumkan pengeluarannya yang sejak itu meningkat dari 420,000 tong sehari ke 32.63 juta tong sehari bagi bulan Ogos. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.30% ke $1204.90 se troy auns susulan dengan kejatuhan dolar di tengah data ekonomi CPI yang suram pada hari semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.6% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.5% | 0.4% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1.3085. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3145.
Tahap rintangan: 1.3145, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3085, 1.3020
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji tahap sokongan di 1.1690. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya sekiranya ia berjaya memecahkan tahap sokongan 1.1690.
Tahap rintangan: 1.1730, 1.1760
Tahap sokongan: 1.1690, 1.1645
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 111.95. Pengerakan harga terkini dan MACD yang menjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 111.65.
Tahap rintangan: 111.95, 112.20
Tahap sokongan: 111.65, 111.25
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 68.55. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 69.55.
Tahap rintangan: 69.55, 70.45
Tahap sokongan: 68.55 67.30
GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1203.00. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish serta permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1207.80.
Tahap rintangan: 1207,80, 1212.15
Tahap sokongan: 1203.00, 1198.95