83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 September 2020                           Analisis Sesi Petang

 

Yen tetap stabil susulan sentimen penghindaran risiko.

Semasa lewat sesi Asia, Yen Jepun yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain tetap mempertahankan kedudukannya dan kekal stabil susulan dengan keadaan koronavirus yang semakin teruk dan pelbagai ketegangan geopolitik terus membebani sentimen risiko. Dari segi koronavirus, jumlah kes koronavirus global terus melonjak susulan dengan WHO melaporkan peningkatan satu hari sebanyak 307,930 dalam 24 jam. Sebilangan kenaikan yang terbesar adalah dari negara India, AS dan Brazil. Oleh kerana virus tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menyusut, ketakutan pasaran tetap tinggi walaupun dengan berita AstraZeneca memulakan semula percubaan vaksin koronavirus tidak dapat menyokong pasaran. Di samping itu, laporan mengenai Iran merancang untuk membunuh duta besar AS juga mengurangkan selera risiko di pasaran. Menurut laporan dari Politico, kerajaan Iran sedang merancang pembunuhan terhadap duta besar AS kepada Afrika Selatan. Plot ini akan meningkatkan ketegangan antara AS dan Iran secara dramatik dan mencetuskan tekanan besar terhadap Donald Trump untuk melawan balik sekira berjaya. Pada masa penulisan, USD/JPY merosot sebanyak 0.04% ke 106.12.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1,85% kepada $ 37,85 setong semasa penulisan berikutan dengan berita mengenai ribut lain akan mengganggu pengeluaran. Menurut kepada laporan, ribut tropika Sally adalah semakin kuat di kawasan ini dan diramalkan akan menjadi taufan kategori 2. Ribut tersebut akan dijangka melanda pada hari Selasa dan sekali lagi boleh mengganggu pengeluaran minyak. Sebaliknya, harga emas melonjak sebanyak 0.48% kepada $ 1949.53 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah isu geopolitik dan koronavirus telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran yang selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 92.05.

 

Tahap rintangan: 94.00, 95.70

Tahap sokongan: 92.05, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2810. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3005.

 

Tahap rintangan: 1.3005, 1.3165

Tahap sokongan: 1.2810, 1.2660

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1775.

 

Tahap rintangan: 1.1875, 1.1950

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1700

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap rintangan 106.220. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD , ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran ini.

 

Tahap rintangan: 106.20, 106.95

Tahap sokongan: 105.20, 104.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7295. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 0.7295, 0.7385

Tahap sokongan: 0.7200, 0.7075

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6685. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6685, 0.6775

Tahap sokongan: 0.6595, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3115.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3115, 1.2995

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9125.

 

Tahap rintangan: 0.9125, 0.9225

Tahap sokongan: 0.8985, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 36.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 39.05.

 

Tahap rintangan: 39.05, 41.35

Tahap sokongan: 36.65, 34.70

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1970.055.

 

Tahap rintangan: 1970.55, 2016.10

Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95