14 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Perjanjian Brexit bakal tercapai tidak lama lagi?
Dolar AS telah berundur dari paras tingginya pada hari Selasa berikutan dengan kenaikan pound sterling selepas UK dan EU bersetuju dengan draf perjanjian Brexit. Perdana Menteri UK Theresa May bakal mengadakan mesyuarat Kabinet pada hari ini untuk membentang draf tersebut kepada ahli parlimen yang lain. Selain itu, sidang kemuncak Brexit bersama EU berkemungkinan untuk diadakan pada 25hb November dan ini memberi isyarat kepada penyusutan risiko Brexit yang telah berlegar semenjak dua tahun yang lepas. Namun, para pelabur masih memberikan keraguan mereka oleh kerana draf tersebut berkemungkinan untuk menghadapi cabaran yang sengit di dalam Kabinet. Selain itu, May tidak mempunyai sokongan majoriti dan beliau bakal berdepan dengan penentangan parti Buruh serta parti Konservatif beliau. Sebaliknya, dolar AS telah mengalami tekanan menurun selepas ahli ekonomis berpendapat bahawa jurang kadar faedah diantara AS dan negara yang lain bakal menyempit mulai tahun depan. Oleh itu, para pelabur berkemungkinan untuk mengalih tumpuan kepada negara lain yang mula untuk mengadaptasi pendekatan Bank Pusat AS dengan meningkatkan kadar faedah bagi membendung kadar inflasi yang makin bertambah. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.59% ke 96.93 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.34% ke 1.3022.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.89% ke $55.72 setong selepas ia melantun dari paras rendahnya. Pada semalam, harga komoditi ini menjunam lebih daripada 7% selepas laporan bulan OPEC mendapati bahawa pembekalan minyak dari OPEC dan Rusia yang makin meningkat telah memansuhkan penurunan stok akibat daripada sekatan AS ke atas negara Iran. Sementara itu, harga emas memangkas kerugiannya sebanyak 0.07% ke $1,202.92 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
07:00 (15hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | 0.5% | -0.3% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Oct) | 2.4% | 2.5% | – |
| 18:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q3) | 0.2% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.1% | 0.2% | – |
| 05:30 (15th) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 7.830M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 96.60.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di sasaran 1.3015. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran tersebut.
Tahap rintangan: 1.3015, 1.3100
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2895

EURUSD, H1: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1330, 1.1385
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1240

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 114.20, 114.55
Tahap sokongan: 113.85, 113.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7170. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari tahap tersebut.
Tahap rintangan: 0.7250, 0.7275
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7200

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6770.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6805
Tahap sokongan: 0.6735, 0.6700

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0055. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0140
Tahap sokongan: 1.0055, 1.0025

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 57.00, 59.45
Tahap sokongan: 55.35, 53.90

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang secara tipis sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 1206.00, 1215.95
Tahap sokongan: 1198.00, 1190.00