14 November 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menurun akibat berita Brexit yang baik.
Dolar AS menyusut di tengah-tengah laporan mengenai persetujuan draf perjanjian Brexit diantara EU dan UK. Perdana Menteri UK Theresa May telah menyediakan ucapan dan cadangan untuk menteri-menteri besar pada lewat hari ini. Maka, draf oleh May berkemungkinan untuk menghadapi cabaran kerana penyokong Brexit keras di UK telah menuduh beliau untuk menyerahkan diri kepada permintaan EU. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada mesyuarat Kabinet UK yang akan membuat keputusan terakhir bagi draf Brexit. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.16% ke 96.95 semasa penulisan. Dalam berita lain, AUD/USD berkekal kukuh akibat data Wage Price Index yang baik. Merujuk kepada Bureau of Statistics Australia, indeks tersebut sebanyak 0.6% telah melebihi data terdahulunya sebanyak 0.5%. Data tersebut telah menunjukkan pasaran pekerjaan Australia semakin berkukuh dan menggalakkan keyakinan pelabur terhadap Aussie. Pasangan AUD/USD telah menokok sebanyak 0.03% ke 0.7215 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menaik sebanyak 0.38% ke $55.42 setong selepas menjunam di tengah-tengah tekanan Presiden AS Donald Trump terhadap OPEC untuk membatalkan pelan pengurangan bekalan minyak yang memburukkan sentimen pasaran minyak. Di samping itu, harga emas telah melantun sebanyak 0.04% ke $1202.30 semasa para pelabur mengalih pelaburan mereka dari pasaran dolar ke pasaran emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
07:00 (15hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q3) | 0.5% | -0.3% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Oct) | 2.4% | 2.5% | – |
| 18:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q3) | 0.2% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Oct) | 0.1% | 0.2% | – |
| 05:30 (15th) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 7.830M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 97.45. MACD yang menunjukkan isyarat bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.85.
Tahap rintangan: 97.45, 98.40
Tahap sokongan: 96.85, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3020. Walaupun MACD menunjukkan isyarat bullish dengan formasi silang emas, pemecahan pada tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.
Tahap rintangan: 1.3020, 1.3155
Tahap sokongan: 1.2840, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1305. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish dengan formasi silang emas, pemecahan pada tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.
Tahap rintangan: 1.1305, 1.1365
Tahap sokongan: 1.1225, 1.1120

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 114.15. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 113.55.
Tahap rintangan: 114.15, 114.55
Tahap sokongan: 113.55, 112.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7235. Walaupun MACD menunjukkan momentum bias bullish dan formasi silang emas, pemecahan pada tahap rintangan di 0.7235 adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7290
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7115

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6700. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6790.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6855
Tahap sokongan: 0.6700, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3260. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan di 1.3165.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3165, 1.3065

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.0080. MACD yang menunjukkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.0020.
Tahap rintangan: 1.0080, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0020, 0.9970

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 55.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan di 58.75
Tahap rintangan: 58.75, 62.05
Tahap sokongan: 55.00, 52.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1197.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1212.50.
Tahap rintangan: 1212.75, 1230.75
Tahap sokongan: 1197.50, 1184.50