14 November 2019 Analisis Sesi Petang
Yen melonjak susulan dengan ketegangan perang perdagangan.
Yen Jepun telah mencatat keuntungannya susulan dengan prospek pesimisme terhadap resolusi perang perdagangan, yang selanjutnya meningkatkan permintaan untuk aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut daripada Reuters, rundingan perdagangan di antara AS dan China telah mencapai kebuntuan susulan dengan Beijing tidak mahu mencapai persetujuan yang hanya menguntungkan Amerika Syarikat. Tambahan pula, sentimen negatif tersebut berlaku selepas Presiden AS Donald Trump memberi amaran kepada China bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas barang-barang China jika tidak mencapai perjanjian tersebut, yang selanjutnya meningkatkan ketidakpastian terhadap rundingan perdagangan di antara AS dan China dan memberi sokongan bullish ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Walau bagaimanapun, Yen Jepun telah mengehadkan keuntungannya selepas data GDP yang suram dari rantau Jepun dibebaskan. Menurut daripada Pejabat Kabinet Jepun, data GDP Jepun untuk suku sebelumnya memberi bacaan sebanyak 0.1%, tersasar daripada jangkaan pasaran iaitu sebanyak 0.2%. Sebaliknya, Dolar Australia menerima tekanan bearish pada awal pagi ini berikutan dengan data yang suram dari rantau Australia dibebaskan. Menurut daripada Biro Statistik Australia, perubahan Penggajian Australia memberi bacaan sebanyak -19.0k, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu sebanyak 15.0k. Semasa penulisan, USD/JPY telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.02% ke 108.80 manakala AUD/USD menyusut sebanyak 0.50% ke 0.6800.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat selepas laporan dari American Petroleum Institute dibebaskan. Menurut daripada API, stok minyak mentah A.S bagi minggu lepas telah menyusut ke bacaan sebanyak -0.500M dari bacaan sebanyak 4.260M. Sebaliknya, harga emas telah melonjak semalam susulan prospek negatif terhadap perang perdagangan. Semasa penulisan, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.02% ke $57.36 se tong dan harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.01% ke $1462.85 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ)(Q3) | -0.1% | -0.1% | – |
| 17:30 | GBP – Retail Sales (MoM(Oct) | – | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – PPI (MoM)(Oct) | -0.3% | 0.3% | – |
| 00:00
(15th) |
CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | 7.929M | 1.649M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 98.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 97.60.
Tahap rintangan: 98.25, 98.90
Tahap sokongan: 97.60, 96.85

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dan arah yang jelas daripada MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2795, 1.2690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.0990. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.1060.
Tahap rintangan: 1.1060, 1.1170
Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 108.85 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.25.
Tahap rintangan: 108.85, 109.40
Tahap sokongan: 108.25, 107.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat bis bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6810, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6425. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6340.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6340, 0.6275

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3255. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3185.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3300
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3135

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9915. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9845, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 57.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 57.55, 59.40
Tahap sokongan: 56.30, 54.85

GOLD_ H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1460.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1460.00.
Tahap rintangan: 1480.50, 1497.00
Tahap sokongan: 1460.00, 1445.70