14 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
ECB batal QE, Draghi masih dovish.
Dolar AS telah didagang secara rata berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Khamis sementara para pelabur mencerna keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Eropah (ECB). Pada semalam, ECB telah mengumumkan untuk membatalkan program pembelian bon 3 tahun yang berjumlah €2.6 trilion pada akhir bulan ini sambil menjangkakan ekonomi EU masih berada di dalam landasan untuk menyokong kenaikan kadar faedah pada musim luruh tahun depan. Walaubagaimanapun, ECB memberikan isyarat yang dovish dengan menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi tahun 2018 dan 2019 dari 2.0% dan 1.8% ke 1.9% dan 1.7% masing-masing. Tambahan pula, Presiden ECB Mario Draghi masih kekal berjaga-jaga apabila mengulas mengenai pandangan polisi kewangan dan ia telah menurunkan sentimen positif pasaran terhadap mata wang euro. Untuk setakat ini, para pelabur akan terus memantau laporan ekonomi dari negara tersebut bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai kekukuhan dan tempoh masa kenaikan kadar faedah dari ECB. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 97.04 sementara EUR/USD menurun sebanyak 0.02% ke 1.1363. Sementara itu, pound sterling telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.13% ke 1.2652 berbanding dengan dolar AS. Pada semalam, sterling telah menerima tekanan bearish selepas pemimpin EU enggan merunding semula mengenai syarat Brexit dan ia telah mendorong Theresa May untuk berdepan dengan kebuntuan sebelum undian Parlimen UK.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.05% ke $52.75 semasa sesi dagangan Asia. Harga minyak menerima sokongan menaik selepas inventori minyak di hab pembekal minyak menurun sambil memberi isyarat bahawa pembekalan minyak global bakal diimbangi semula menjelang pertengahan tahun depan. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,242.24 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Dec) | 51.8 | 51.8 | – |
| 21:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.7% | 0.2% | – |
| 21:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.8% | 0.1% | – |
| 02:00
(15hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 877 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan peningkatan momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk menokok selanjutnya dan menuju ke arah 97.15.
Tahap rintangan: 97.15, 97.40
Tahap sokongan: 96.80, 96.60

GPBUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2500.
Tahap rintangan: 1.2700, 1.2900
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2380

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1265

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 113.70. MACD yang mula untuk membentuk corak silang bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 113.70, 113.85
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.7170.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di tahap sokongan yang kukuh iaitu 0.6840. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6840.
Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940
Tahap sokongan: 0.6840, 0.6780

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3255

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9930, 0.9920

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 52.00.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 52.00, 50.25

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini menguji di sasaran 1242.10. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1253.00, 1263.20
Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25