83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Februari 2019                                Analisis Sesi Petang

 

Perang perdagangan bakal tamat?

Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama semasa sesi dagangan Asia telah meningkat sementara sentimen pasaran masih bercampuran menjelang keputusan perbincangan perdagangan. Dua perunding daripada pentadbiran White House akan mengadakan mesyuarat dengan Presiden China Xi Jinping pada lewat hari ini, namun lanjutan pada tarikh akhir 1hb Mac masih belum dicapai sampai masa ini. Kebelakangan ini, berita mengenai peningkatan tarif dari 10% ke 25% ke atas $200 bilion barangan China sekiranya perjanjian perdagangan tidak dicapai sebelum 1hb Mac telah melanjutkan momentum bullish bagi dolar kerana penduduk negara AS bakal membeli lebih barangan domestik berbanding dengan barangan import. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.09% ke 96.85 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.14% ke 1.2785 susulan dengan kegagalan Perdana Menteri Theresa May untuk mendapatkan kelulusan bagi strategi perundingan Brexit pada hari semalam. Pada masa ini, pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn menggesa Theresa May untuk mencadangkan pelan Brexit yang menolak segala kemungkinan Brexit tanpa perjanjian.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.40% ke $54.65 setong di tengah-tengah sekatan AS ke atas minyak Venezuela dan Iran dan juga pemotongan pembekalan minyak daripada pihak OPEC. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1312.15 se troy auns akibat peningkatan permintaan terhadap dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Jan) -0.9% 0.2%
21:30 USD – Import Price Index (MoM) (Jan) -1.0% -0.1%
21:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Feb) .90 7.10
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Feb) 91.2 93.3
02:00 (16th) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 854

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 97.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 96.65.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.65, 96.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2845. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2740.

 

Tahap rintangan: 1.2845, 1.2960

Tahap sokongan: 1.2740, 1.2620

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1300. MACD yang memaparkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.1260.

 

Tahap rintangan: 1.1300, 1.1355

Tahap sokongan: 1.1260, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 110.65. MACD yang menunjukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 110.05.

 

Tahap rintangan: 110.65, 111.05

Tahap sokongan: 110.05, 109.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7130. MACD yang memaparkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7060.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7200

Tahap sokongan: 0.7060, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6820. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6845, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6820, 0.6795

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3285. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3360.

 

Tahap rintangan: 1.3360, 1.3415

Tahap sokongan: 1.3285, 1.3195

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.0045. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0090.

 

Tahap rintangan: 1.0090, 1.0130

Tahap sokongan: 1.0045, 0.9990

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 54.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan harga komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke dan berundur ke arah tahap sokongan di 54.30.

 

Tahap rintangan: 55.50, 56.40

Tahap sokongan: 54.30, 53.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada paras tinggi segi tiga. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan keluar dari paras tinggi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1315.00, 1321.55

Tahap sokongan: 1307.25, 1302.50