15 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Kenaikan dolar dihadkan oleh data suram.
Dolar AS telah menghentikan kerugiannya untuk hari keempat berturut-turut selepas pound sterling memasuki fasa pembetulan teknikal. Momentum bullish pada sterling telah menyusut sementara para pelabur mencerna perkembangan Brexit yang dijangkakan secara meluas. Pada awal pagi ini, ahli Parlimen UK (MP) telah meluluskan inisiatif untuk menangguhkan Artikel 50/tarikh akhir Brexit pada 29hb Mac dengan undian majoriti 412 berbanding 202. Dengan sokongan yang kukuh dari parlimen, Perdana Menteri UK Theresa May bakal menyeru zon Eropah untuk menangguhkan tarikh Brexit. Terdahulu, Suruhanjaya EU telah menegaskan bahawa sebarang penangguhan memerlukan kelulusan dari 27 negara ahli EU. Selain itu, UK juga perlu membekalkan justifikasi yang kukuh sementara EU menimbangkan rayuan tersebut dengan kepentingan yang tertinggi bagi memastikan institusi EU berjalan dengan lancar serta tempoh penangguhan yang wajar. Kesemua negara ahli EU akan bertemu pada hari Khamis dan Jumaat depan. Namun, kenaikan pada dolar AS adalah terhad susulan dengan pembebasan laporan yang bearish dari AS. Menurut kepada US Department of Labor, Initial Jobless Claims telah meningkat ke paras 229,000 individual bagi minggu lepas, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk meningkat ke hanya 225,000. Peningkatan ini telah mencadangkan pertumbuhan pekerjaan yang lebih lembap dan ia telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi serantau akibat daripada penyusutan aktiviti ekonomi global. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.17% ke 96.68 sementara pasangan GBP/USD didagang secara rata di paras 1.3248.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.09% ke $58.52 setong. Harga minyak telah meneruskan kenaikannya bagi hari keempat berturut-turut berasaskan data yang positif dari AS. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.02% ke $1,296.28 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
11:00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentatif JPY BoJ Press Conference
17:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 11:00 | JPY – BoJ Interest Rate Decision | -0.10% | -0.10% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 1.5% | 1.5% | – |
| 20:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Mar) | 8.80 | 10.00 | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jan) | -1.35 | 0.4% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Jan) | 7.335M | 7.310M | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) | 93.8 | 95.3 | – |
| 01:00
(16hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 834 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 96.75, 97.05
Tahap sokongan: 96.45, 96.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3240. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3350.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3170

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1300. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1340.
Tahap rintangan: 1.1340, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1300, 1.1260

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 112.20.
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.45, 111.00

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7050. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.7075.
Tahap rintangan: 0.7075, 0.7100
Tahap sokongan: 0.7050, 0.7025

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6885
Tahap sokongan: 0.6820, 0.6790

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3345, 1.3370
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3270

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 1.0040. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 0.9995.
Tahap rintangan: 1.0040, 1.0070
Tahap sokongan: 0.9995, 0.9945

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 59.65.
Tahap rintangan: 59.65, 63.70
Tahap sokongan: 55.60, 50.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1294.00.
Tahap rintangan: 1305.60, 1315.45
Tahap sokongan: 1294.00, 1280.20