83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Mei 2017                Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 15– 19

Kajian Pasaran (Forex): Mei 8 – 12

Dolar A.S.

Dolar A.S. menyusut berbanding dengan mata wang utama yang lain berikutan dengan data ekonomi dari Amerika Syarikat mengenai kadar inflasi dan jualan runcit yang telah mengecewakan para pelabur dan berkemungkinan untuk mengurangkan kebolehan Bank Pusat A.S. untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak dua kali lagi di dalam tahun ini.

 

Data pada hari Jumaat lalu menunjukan bahawa jualan runcit A.S. bertumbuh hanya 0.4% bagi bulan April, tersasar daripada jangkaan untuk meningkat sebanyak 0.6%. Pada masa yang sama, kadar inflasi tahunan telah menyusut ke 2.2% pada bulan April, berbanding dengan 2.4% pada bulan Mac. Bagi kadar inflasi teras yang tidak termasuk barangan makanan dan bahan bakar, ia telah susut ke paras terendah sejak Oktober 2015 dengan hanya 1.9%.

 

Data yang kurang memuaskan tersebut telah meningkatkan keraguan akan Bank Pusat A.S. dalam meningkatkan kadar faedah mereka oleh kerana ekonomi di A.S. mula menunjukan kelembapan berasaskan data ekonomi bagi bulan lepas. Selain itu, Fed Rate Monitor Tool menunjukan bahawa pasaran kewangan memberikan harga peluang sebanyak 70.6% untuk kenaikan kadar pada bulan Jun nanti.

 

US Retail Sales

—– Ramalan

US Retail Sales hanya memberi bacaan 0.4%, tersasar daripada jangkaan untuk meningkat sebanyak 0.6% untuk bulan April.

 

US Inflation Rate

—– Ramalan

Kadar inflasi bagi bulan April hanya berada di paras 2.2%, lebih rendah daripada sebelumnya dengan 2.4%.


 

US Core Inflation Rate

—– Ramalan

Kadar inflasi teras yang tidak termasuk barangan makanan dan bahan bakar hanya memberi bacaan sebanyak 1.9% bagi bulan April.

 

Fed Rate Monitor Tool

Fed Rate Monitor Tool menunjukan bahawa harga kemungkinan bagi kenaikan kadar faedah pada bulan Jun berada di paras 70.6%.

 

USD/JPY

Yen Jepun mengukuhkan kedudukannya selepas pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.43% ke 113.37, susut dari paras tinggi dua bulan di 114.36.

 

EUR/USD

Euro melonjak sebanyak 0.64% ke $1.0931 berbanding dengan dolar A.S.

 

 

GBP/USD

Sterling didagang dengan tipis pada Jumaat lalu dengan GBP/USD disebut niaga berdekatan dengan 1.2888 pada lewat sesi dagangan Amerika Utara.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 8 – 12

GOLD

Harga emas diniaga dengan lebih tinggi pada hari Jumaat, sambil menutup minggu lalu dengan tiada perubahan yang ketara selepas dolar A.S. didagang dengan lebih rendah yang telah meningkatkan penampilan aset tersebut. Harga logam kuning tersebut meningkat sebanyak 0.17% ke $1,228.23 semasa lewat sesi perdagangan Amerika Utara. Dolar A.S. telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas data ekonomi yang kurang memuaskan dari segi kadar inflasi dan jualan runcit telah mengurangkan kemungkinan untuk kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat A.S.

 

Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, ia kini menunjukan kemungkinan sebanyak 70.6% untuk kenaikan kadar pada bulan Jun, susut selepas pembebasan data tersebut. Harga emas adalah sensitif terhadap kenaikan kadar oleh kerana ia boleh meningkatkan harga peluang dalam memegang emas yang tidak memberikan hasil pulangan.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah ditutup dengan sedikit perubahan namun masih di dalam jangkaan untuk mencatat keuntungan mingguan buat pertama kali di dalam tahun ini selepas para pengeluar utama berkemungkinan lebih tinggi untuk melanjutkan pelan pembekuan untuk separuh tahun yang kedua apabila mereka bertemu di dalam bulan ini. Harga komoditi tersebut meningkat sebanyak 1 cent ke $47.84, tidak jauh dari paras tinggi $48.22.

 

Di dalam tempoh kebelakangan ini, beberapa pegawai dari negara pengeluar utama memberi isyarat yang menunjukan kemungkinan lebih tinggi untuk mengurangkan lagi tahap pengeluaran harian mereka bagi mengurangkan kelebihan stok global. Pada awal tahun ini, OPEC dan para pengeluar yang lain seperti Rusia telah mula untuk mengurangkan tahap pengeluaran harian sebanyak 1.8 juta tong sehari namun ia tidak membawa sebarang hasil oleh kerana lantunan dari sektor penggerudian di Amerika Syarikat. Aktiviti yang makin meningkat tersebut telah menjejaskan para pengeluar yang lain dalam menstabilkan harga minyak dunia selepas mereka bertindak untuk meningkatkan pelantar minyak dan pengeluaran harian.

 

Pada Jumaat lalu, pembekal servis Baker Hughes melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak telah meningkat untuk minggu ke-17 dengan 9. Jumlah keseluruhan kini berada di 712, paras tertinggi sejak bulan Ogos 2015 dan ia mencatat peningkatan pada jumlahnya untuk bulan ke-11 setakat ini.


 

U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 9 dan jumlah keseluruhan kini di 712 untuk setakat ini.

 

Pandangan Mingguan: Mei 15 – 19

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada laporan dari A.S. bagi building permits, housing starts, industrial production dan jobless claims untuk mendapatkan isyarat selanjutnya mengenai kekukuhan ekonomi mereka. Jepun dijangka untuk melepaskan pertumbuhan suku pertama manakala UK akan melepaskan data mengenai inflasi, pasaran buruh dan jualan runcit di dalam suasana ekonomi yang dilanda dengan ketidaktentuan akibat daripada Brexit.

 

Untuk pedagang minyak mentah, para peserta pasaran akan memberi fokus mereka kepada bacaan terbaru mengenai inventori minyak mentah dan bahan tapisan di Amerika Syarikat bagi petunjuk selanjutnya mengenai kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia. Selain itu, mereka juga akan memberi fokus kepada laporan bulanan dari International Energy Agency bagi melihat petunjuk selanjutnya mengenai pasaran minyak global.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 15 – 19

Isnin, Mei 15  

Data

NZD – Core Retail Sales (QoQ) (Q1)

NZD – Retail Sales (QoQ) (Q1)

CNY – Fixed Asset Investment (YoY) (Apr)

CNY – Industrial Production (YoY) (Apr)

CHF – PPI (MoM) (Apr)

USD – NY Empire State Manufacturing Index (May)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mei 16  

Data

GBP – CPI (YoY) (Apr)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (May)

EUR – GDP (QoQ) (Q1)

USD – Building Permits (Apr)

USD – Housing Starts (Apr)

USD – Industrial Production (MoM) (Apr)

Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes

Crude Oil – IEA Monthly Report

 

Rabu, Mei 17  

Data

NZD – PPI Input (QoQ) (Q1)

AUD – Wage Price Index (QoQ) (Q1)

GBP – Average Earnings Index + Bonus (Mar)

GBP – Claimant Count Change (Apr)

EUR – CPI (YoY) (Apr)

CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Mar)

Crude Oil – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Mei 18  

Data

JPY – GDP (QoQ) (Q1)

AUD – Employment Change (Apr)

GBP – Retail Sales (MoM) (Apr)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May)

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

 

Jumaat, Mei 19

 

 

Data

CAD – Core CPI (MoM) (Apr)

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Mar)

Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: Mei 15 – 19

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari tahap rintangan 99.80. Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan indeks dolar untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan 98.85.

 

Tahap rintangan: 99.80, 100.75

Tahap sokongan: 98.85, 97.55

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan kukuh di 1.3000 sambil menutup niaganya di bawah garisan 20-moving average (merah). MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan penurunnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2855.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3130

Tahap sokongan: 1.2855, 1.2715

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USD/JPY telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas, pemecahan pada tahap rintangan 113.40 akan mencadangkan USD/JPY untuk melanjutkan kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 113.40, 114.60

Tahap sokongan: 112.15, 110.60

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun berdekatan dengan tahap sokongan 1.0820. Petunjuk Stochastic Oscillator memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi ke sasaran tahap rintangan 1.1020.

 

Tahap rintangan: 1.1020, 1.1120

Tahap sokongan: 1.0920, 1.0820

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan didagang dengan lebih tipis berdekatan dengan tahap rintangan 1229.35. Oleh kerana isyarat menurun dari MACD histogram masih menyempit ke arah atas, harga emas dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Namun, arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk didagang dengan lebih rendah oleh kerana kedua-dua garisan MA masih menyempit dan menuju ke bawah yang berkemungkinan untuk membentuk corak silang kematian.

 

Tahap rintangan: 1229.35, 1254.60

Tahap sokongan: 1208.95, 1188.60

 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 45.35. Merujuk kepada petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik, ia dicadangkan untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 49.10.

 

Tahap rintangan: 49.10, 51.45

Tahap sokongan: 47.25, 45.35