15 Mei 2018 Analisis Harian
Dolar melantun susulan kenaikan kadar bon AS.
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan enam mata wang utama yang lain selepas ia menokok sebanyak 0.10% ke 92.45 berlatarbelakangkan kenaikan kadar bon AS yang telah dipacu oleh penyusutan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Semalaman, kadar bon persekutuan 10 tahun AS telah meningkat sebanyak 2 mata asas ke 2.999% selepas Presiden AS Donald Trump menegaskan untuk membantu syarikat telekomunikasi China – ZTE Corp. Terdahulu, syarikat tersebut telah disekat oleh kerajaan AS selepas didapati melanggar syarat sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas Iran. Peningkatan pada hasil bon AS telah meningkatkan jurang kadar faedah diantara AS dengan negara maju yang lain dan ia mampu meningkatkan optimisme terhadap mata wang dolar bagi jangka panjang. Sebaliknya, pasangan USD/CAD menurun sebanyak 0.20% ke $1.2764 susulan dengan kenaikan harga minyak mentah yang dipacu oleh pandangan bullish di dalam laporan OPEC semalam.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 26 cents ke $71.03 setong selepas laporan bulanan OPEC memaparkan penyusutan pada stok simpanan minyak di negara-negara maju sebanyak 9 juta tong dan ia adalah didorong oleh kadar pematuhan yang tinggi ke atas perjanjian pembekuan pengeluaran. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.30% ke $1,314.04 se troy auns berikutan dengan kenaikan kadar hasil bon AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
17:00 GBP Inflation Report Hearings
Data Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 10:00 | CNY – Industrial Production (YoY) (Apr) | 6.0% | 6.4% | 7.0% |
| 10:00 | CNY – Retail Sales (YoY) (Apr) | 10.1% | 10.0% | 9.4% |
| 14:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q1) | 0.6% | 0.4% | – |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index + Bonus (Mar) | 2.8% | 2.7% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Apr) | 11.6K | 13.3K | – |
| 16:30 | GBP – Unemployment Rate (Mar) | 4.2% | 4.2% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (May) | -8.2 | -8.0 | – |
| 17:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q1) | 0.4% | 0.4% | – |
| 17:00 | EUR – ZEW Economic Sentiment | 1.9 | 2.0 | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 0.2% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Apr) | 0.6% | 0.4% | – |
| 22:00 | USD – Business Inventories (MoM) (Apr) | 0.6% | 0.2% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -1.850M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari garisan 200-MA dalam bentuk wedge menaik. Garisan isyarat MACD yang mengayun di atas garisan netural memberi cadangan bias menaik kepada pasangan tersebut tetapi silang keemasan diperlukan bagi mengesahkan isyarat tersebut.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3660
Tahap sokongan: 1.3550, 1.3500
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari garisan 200-MA. Garisan isyarat MACD yang sedang menuju ke arah pembentukan silang keemasan memberi cadangan menaik kepada pasangan tersebut tetapi pemecahan di atas tahap rintangan 1.1940 diperlukan bagi mengesahkan isyarat tersebut.
Tahap rintangan: 1.1940, 1.1960
Tahap sokongan: 1.1910, 1.1880
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 109.60. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan yang seterusnya di 110.00 sekiranya lilin terkini berjaya menutup di atas paras tertinggi sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 110.00, 110.40
Tahap sokongan: 109.60, 109.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 70.65. Namun, garisan isyarat MACD yang hampir membentuk silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi didagang dengan lebih rendah untuk menguji balik paras tertinggi sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 71.60, 73.60
Tahap sokongan: 70.65, 69.75
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah garisan 200-MA. Namun, garisan isyarat MACD yang sedang menuju bagi membentuk silang keemasan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya lilin berjaya menutup di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1316.40, 1323.20
Tahap sokongan: 1310.50, 1304.60