83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Jun 2017                         Analisis Harian

 

Isyarat bercampuran, para pelabur keliru.

                Dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya pada hari Khamis selepas data inflasi yang lemah menyebabkan para pelabur tertanya-tanya jika Bank Pusat A.S. akan mengikuti pelan mereka bagi kenaikan kadar faedah. Semalaman, Bank Pusat A.S. telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke lingkungan diantara 1.00% – 1.25% sambil mengekalkan pandangannya bahawa tiga kenaikan kadar akan dilaksanakan di dalam tahun 2017. Walaupun kenaikan kadar berada di dalam jangkaan yang meluas, para pelabur khuatir bahawa kelembapan ekonomi baru-baru ini berkemungkinan untuk menjejaskan pelan kenaikan kadar tersebut. Bank pusat masih tetap tegar bahawa pertumbuhan ekonomi sedang meningkat dengan kadar yang sederhana manakala kadar inflasi dijangka untuk meningkat di atas sasaran 2% dalam jangka masa sederhana. Walaubagaimanapun, dolar menerima tekanan selanjutnya selepas pergolakan politik di Washington makin mendalam selepas Washington Post melaporkan bahawa Presiden Donald Trump sedag disiasat oleh peguam khas Robert Mueller bagi kemungkinan beliau menghalang proses keadilan. “Terdapat banyak informasi yang perlu diambil kira oleh para pelabur dan sesetengahnya adalah bercanggahan seperti penurunan pada prospek inflasi oleh Bank Pusat namun mengekalkan hasratnya untuk meningkatkan kadar faedah di dalam tahun ini,” kata Mitsuo Imaizumi, ketua strategi forex. Indeks dolar susut sebanyak 0.05% dan disebut niaga berdekatan dengan 96.80. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, EUR/USD meningkat sebanyak 0.07% ke $1.1227 manakala pound sterling meningkat sebanyak 0.10% ke $1.2757.

 

Melihat kepada pasaran komoditi, harga minyak mentah berlegar berhampiran paras rendah sebulan selepas nilainya susut sebanyak 0.22% ke $44.63 setong. Harganya menerima tekanan selepas inventori global masih tinggi dan keraguan makin meningkat terhadap keupayaan OPEC untuk melaksanakan pemotongan pengeluaran mereka. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.2% ke $1,265.47 berikutan dengan pergolakan politik yang menyelubungi pentadbiran Trump di A.S.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

15:30                     CHF                                       SNB Monetary Policy Assessment

15:30                     CHF                                       SNB Press Conference

19:00                     GBP                                        BoE MPC Meeting Minutes

04:00                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD – GDP (QoQ) (Q1) 0.4% 0.7% 0.5%
09:30 AUD – Employment Change (May) 37.4K 10.0K 42.0K
15:30 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (May) 2.3% -0.8%
19:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (June) 0.25% 0.25%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 245K 242K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (June) 38.8 24.0

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.2795. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke bawah mencadangkan GBPUSD untuk menurun ke sasaran tahap sokongan di 1.2640.

 

Tahap rintangan: 1.2795, 1.3045

Tahap sokongan: 1.2640, 1.2515

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga meningkat selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1280. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1.1225 akan mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya ke paras atas segi tiga semula.

 

Tahap rintangan: 1.1225, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1160, 1.1100

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah berundur dari tahap rintangan 109.70 baru-baru ini. Pengunduran tersebut mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan momentum menurunnya ke sasaran pertama di 108.80.

 

Tahap rintangan: 109.70, 110.60

Tahap sokongan: 108.80, 108.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana petunjuk MACD masih berlegar di dalam momentum menurun, harga minyak mentah dicadangkan untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan 44.00.

 

Tahap rintangan: 45.30, 46.70

Tahap sokongan: 44.00, 43.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia melantun dari paras bawah segi tiga di 1258.50. Lantunan tersebut mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran pertama di 1270.00.

 

Tahap rintangan: 1270.00, 1281.80

Tahap sokongan: 1258.50, 1247.50