15 Julai 2019 Analisis Sesi Pa
Dolar ditekan walaupun dengan data inflasi yang positif.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.01% ke 96.37 semasa sesi dagangan awal Asia walaupun dengan bacaan data Producer Price Indeks AS yang positif. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, PPI AS telah memberi bacaan sebanyak 0.1%, selaras dengan jangkaan ekonomi sementara data Core PPI meningkat ke 0.3% dari 0.2%. Namun, walaupun dengan data inflasi yang positif, Bank Pusat AS (Fed) masih dijangka untuk memotong kadar mereka sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat dasar pada hujung bulan ini. Sentimen pasaran berkekal suram semasa dolar berlegar di atas paras 96 dan kini para pelabur akan menunggu keputusan dasar kewangan yang selanjutnya daripada Fed bagi memantau pasaran dolar. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.05% ke 1.2565 semasa penulisan selepas ia melantun daripada paras rendahnya pada Jumaat lepas. Mata wang pound telah menerima permintaan yang lebih tinggi berikutan dengan kelemahan dolar yang telah meningkatkan penampilan aset yang lebih berisiko. Tambahan pula, laporan terkini menunjukkan bahawa calon utama PM UK Boris Johnson akan bermatlamat untuk mencapai perjanjian perdagangan dengan pihak AS semasa beliau berjaya untuk menjadi PM baru. Walaupun Johnson berjanji untuk menyampaikan Brexit sebelum 31hb Oktober, kebanyakan para pelabur bimbang akan situasi Brexit tanpa perjanjian yang bakal menambah buruk keadaan ekonomi di UK sekiranya tiada perjanjian dicapai sebelum tempoh Brexit.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.38% ke $60.10 setong. Para pelabur kini sedang menumpukan perhatian mereka kepada data GDP dan Industrial Production China bagi memantau selanjutnya penggerakan minyak. Oleh kerana China merupakan salah satu pengimport minyak yang terbesar, data yang suram tersebut akan menunjukkan penyusutan pada aktiviti ekonomi dan perniagaan yang bakal menjejaskan permintaan terhadap minyak. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.15% ke $1412.75 se troy auns di tengah-tengah peningkatan selera risiko para pelabur yang menyebabkan mereka untuk memasuki ke dalam pasaran yang lebih berisiko seperti pound dan euro.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14.30 | CHF – PPI (MoM) (Jun) | 0.0% | 0.1% | – |
| 06:45 (16hb) | NZD – CPI (QoQ) (Q2) | 0.1% | 0.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 96.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.95, 97.55
Tahap sokongan: 96.35, 95.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2510. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan 1.2510.
Tahap rintangan: 1.2595, 1.2655
Tahap sokongan: 1.2510, 1.2440

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 1.1280. Oleh kerana kekurangan momentum daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 1.1280 atau tahap sokongan 1.1235 adalah diperlukan bagi mendapat pengesahan selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1335
Tahap sokongan: 1.1235, 1.1185
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 108.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.60.
Tahap rintangan: 108.15, 109.05
Tahap sokongan: 107.60, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7000. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk berundur ke arah tahap sokongan 0.7000 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7035, 0.7065
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 0.6720.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6650, 0.6600

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara rata berdekatan tahap rintangan 1.3040. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3040, 1.3105
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2895

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9870. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 0.9870.
Tahap rintangan: 0.9870, 0.9935
Tahap sokongan: 0.9800, 0.9745

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 61.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 59.60.
Tahap rintangan: 61.05, 62.90
Tahap sokongan: 59.60, 57.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1403.15. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1403.15 sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1403.15, 1386.35