83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

AUD meningkat susulan data China yang bullish.

Dolar Australia telah melanjutkan kenaikannya semasa sesi Asia selepas pembebasan data ekonomi dari rakan dagang utamanya iaitu China. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.15% ke 0.7026. Di China, Gross Domestic Product bagi suku kedua memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 6.2%. Selain itu, Industrial Production bagi bulan Jun telah bertumbuh sebanyak 6.3%, lebih baik daripada ramalan ekonomis iaitu 5.2%. Kedua-dua data dari China telah menurunkan kekhuatiran para pelabur ke atas kemungkinan kemelesetan ekonomi di China berikutan dengan perang perdagangan diantara negara tersebut dengan AS. Selain itu, China sebagai rakan dagang utama bagi Australia juga telah menurunkan sentimen bearish ke atas rantau tersebut. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan minit mesyuarat dari Bank Pusat Australia pada pagi esok untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut bagi dolar Australia. Sementara itu, pasangan USD/CAD telah menokok sebanyak 0.05% ke 1.3035. Pasangan ini masih berlegar di paras rendah 8 bulan susulan dengan kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlakunya pemotongan kadar faedah dari Fed pada akhir bulan ini serta fundamental yang bullish di rantau Kanada.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.70% ke $59.86 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas para pelabur menutup posisi mereka susulan dengan pencapaian paras tinggi yang baru pada minggu lepas. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.34% ke $1,410.73 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14.30 CHF – PPI (MoM) (Jun) 0.0% 0.1%
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jul) -8.60 1.60
06:45 (16hb) NZD – CPI (QoQ) (Q2) 0.1% 0.6%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan terdahulu di 96.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 96.15.

 

Tahap rintangan: 96.45, 96.90
Tahap sokongan: 96.15, 95.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.2555. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan dan menuju ke arah 1.2610.

 

Tahap rintangan: 1.2610, 1.2655
Tahap sokongan: 1.2555, 1.2500

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1280. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.1245.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.75. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah 108.20.

 

Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.75, 107.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan terdahulu di 0.7025. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7055.

 

Tahap rintangan: 0.7055, 0.7090
Tahap sokongan: 0.7025, 0.7000

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6725. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 0.6725.

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6780
Tahap sokongan: 0.6660, 0.6600

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menurun di 1.3050. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3050.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2990, 1.2900

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9840. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9885.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9925
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 60.35, 61.30
Tahap sokongan: 58.60, 57.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 1424.05, 1436.35
Tahap sokongan: 1403.00, 1383.60