83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Ogos 2017                      Analisis Harian

 

Selera risiko pasaran disokong sementara Korea Utara berundur.

Yen Jepun telah berundur dari tahap 4-bulan tingginya berbanding dengan dolar selepas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara makin susut. Akibatnya, pasangan USD/JPY melantun sebanyak 0.47% ke 110.18. Berdasarkan laporan Wall Street Journal, pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Un telah mengambil keputusan menarik balik pelan untuk melancarkan peluru berjarak jauh ke arah Guam, tetapi memberi amaran bahawa beliau mungkin akan mengubah fikirannya sekiranya Amerika Syarikat “meneruskan tindakan mereka yang bahaya dan agresif”. Selain itu, indeks dolar meningkat sebanyak 0.10% ke 93.31 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Greenback kekal tinggi pada hari Isnin sedangkan pasaran masih dalam pengaruh data inflasi Amerika Syarikat yang lemah pada hari Jumaat yang lalu, di mana ia berkemungkinan menghindarkan Bank Pusat Amerika Syarikat (Fed) untuk menaikkan kadar faedah bagi kali ketiga pada tahun ini. Walau bagaimanapun, greenback masih kekal dalam sokongan selepas Reuters melaporkan bahawa Presiden Donald Trump dijangkakan untuk menandatangani perintah eksekutif bagi projek infrastruktur dan laporan tersebut telah menaik sentimen risiko para pelabur.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya akibat daripada permintaan minyak mentah yang rendah dari China sebanyak 0.15% ke $47.66. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak $8.96 atau 0.70% disebabkan oleh risiko geopolitik yang kian berkurangan di pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

All Day                   EUR                                        Italy – Assumption Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

09:30                     AUD                                       RBA Meeting Minutes

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q2) 0.6% 0.7%
15:15 CHF – PPI (MoM) (Jul) -0.1% 0.0%
16:30 GBP – CPI (YoY)(Jul) 2.6% 2.7%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) -0.2% 0.3%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Jul) -0.2% 0.4%
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Aug) 9.80 10.00
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -7.839M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang di dalam lingkungan yang ketat dan kini sedang menguji di paras bawahnya berhampiran 1.2950. Kedua-dua garisan MA yang mula melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dari paras bawah dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.3015, 1.3060

Tahap sokongan: 1.2950, 1.2900

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya dan menuju ke paras bawah segi tiga pada jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840

Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 108.70. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan bahawa pemecahan dari garisan trend menurun akan memberi isyarat kepada USDJPY untuk mengalami pertukaran kepada arah aliran untuk menaik selanjutnya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 110.10, 110.90

Tahap sokongan: 109.40, 108.70

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 47.40. Pergerakan harga tersebut mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih cenderung kepada bias menurun oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah.

 

Tahap rintangan: 48.00, 48.55

Tahap sokongan: 47.40, 46.55

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan berhampiran 1292.05. MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan harga emas untuk meneruskan momentum menurunnya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1272.05.

 

Tahap rintangan: 1282.00, 1292.05

Tahap sokongan: 1272.05, 1259.65