15 September 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. disokong sementara Korea Utara meningkatkan ancaman.
Indeks dolar susut sedikit sebanyak 0.01% ke 92.03 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Peningkatan yang mendadak pada pound sterling ke paras tinggi setahun telah didorong selepas Bank Pusat England memberikan isyarat yang agresif mengenai kenaikan kadar faedah dan ini telah membayangi laporan ekonomi yang optimistik dari A.S. iaitu kadar inflasi dan tuntutan pengangguran. Menurut kepada Labor Department, Indeks Harga Pengguna (CPI) telah meningkat sebanyak 0.4% pada bulan Ogos sambil mencerminkan peningkatan yang tertinggi di dalam tempoh tujuh bulan. Sementara itu, tuntutan pengangguran telah susut sebanyak 14,000 ke 284,00, lebih rendah daripada jangkaan untuk meningkat sebanyak 2,000 individual. Selain itu, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.20% ke 110.05 selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu antara benua yang melepasi pulau Hokkaido di Jepun dan lautan timur Pasifik.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.52% ke $49.63 setong selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada A.S. dan sekutunya yang meluluskan sekatan ekonomi ke atas negara mereka. Sementara itu, harga emas mengukuhkan kedudukannya di $1330.50 selepas ia susut sebanyak 0.20% berikutan dengan kelemahan dolar. Keuntungan yang dicatat adalah lebih terhad oleh kerana sentimen pasaran terhadap kenaikan kadar di A.S. makin meningkat berikutan dengan data indeks harga pengguna (CPI) bagi bulan Ogos yang mencapai paras tertinggi sejak tujuh bulan yang lepas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.5% | 0.5% | – |
| 20:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Sep) | 25.20 | 19.00 | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.6% | 0.1% | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Sep) | 96.8 | 95.2 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 756 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.3085. Pasangan tersebut kini menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3410. Garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan GBPUSD untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku pada tahap 1.3410.
Tahap rintangan: 1.3410, 1.3735
Tahap sokongan: 1.3085, 1.2685
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 200-MA. Positive divergence pada MACD histogram mencadangkan EURUSD untuk meneruskan momentum menaiknya dan menguji semula di tahap rintangan 1.1985.
Tahap rintangan: 1.1985, 1.2070
Tahap sokongan: 1.1820, 1.1715
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rintangan 110.05. Pembentukan candlestick pinbar mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke sasaran tahap rintangan di 110.90.
Tahap rintangan: 110.90, 111.75
Tahap sokongan: 110.05, 109.00
CrudeOIL

Crude OIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 50.20. Pembentukan candlestick engulfing dan MACD histogram yang menunjukan penyusutan pada momentum menaiknya mencadangkan harga minyak mentah untuk susut ke arah tahap sokongan 48.70.
Tahap rintangan: 50.20, 52.00
Tahap sokongan: 48.70, 47.20
GOLD

GOLD, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1328.20. Pembentukan positive divergence yang dipaparkan oleh MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan 1339.55.
Tahap rintangan: 1339.55, 1357.40
Tahap sokongan: 1328.20, 1321.35