83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 September 2020                           Analisis Sesi Petang

Dolar menyusut susulan harapan dalam vaksin dan urus janji

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah merosot berikutan dengan harapan untuk vaksin dan urus janji dari syarikat besar telah meningkatkan selera pasaran. Mengikuti perkembangan terbaru mengenai vaksin, AstraZeneca telah menyambung semula ujian klinikal vaksin COVID-19 di UK yang merupakan salah satu yang paling maju dalam perkembangan. Selain itu, syarikat lain seperti Pfizer Inc dan BioNTech SE juga mencadangkan untuk memperluas percubaan vaksin Tahap 3 COVID-19 mereka. Selain itu, keyakinan pasaran juga didorong oleh beberapa urus janji yang bernilai berbilion-bilion daripada syarikat-syarikat besar seperti Nvidia. Nvidia dilaporkan akan memperoleh pereka cip komputer Arm Holdings yang berpangkalan di UK dengan harga bernilai $ 40 bilion sementara ByteDance Tik Tok dari China juga dibeli oleh Oracle. Pada masa penulisan, indeks dolar merosot sebanyak 0.06% kepada 92.92.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal lemah dan turun sebanyak 0.07% kepada $37.57 setong susulan dengan permintaan yang suram. Berdasarkan dengan laporan terbaru, para pengeluar dan pedagang utama industri minyak kini menjangkakan masa depan yang suram untuk permintaan bahan bakar global disebabkan koronavirus yang sedang berterusan. Sementara itu, OPEC juga menurunkan ramalannya untuk permintaan minyak pada hari Isnin. Sebaliknya, harga emas telah menuntut kembali nilainya dan meningkat sebanyak 0.41% kepada $1964.62 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah dolar yang lemah telah mendorong permintaan untuk komoditi tersebut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Average Earnings Index + Bonus (Jul) -1.2% -1.3%
14:00 GBP – Claimant Count Change (Aug) 94.4K 100.0K
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Sep) 71.5 69.8
04:30

(16hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 2.9700M


Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 92.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 93.30, 93.75

Tahap sokongan: 92.85, 92.55

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2890. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2890, 1.3005

Tahap sokongan: 1.2790, 1.2675

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.1895. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1895, 1.1945

Tahap sokongan: 1.1805, 1.1750

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 105.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 105.95, 106.30

Tahap sokongan: 106.60, 105.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7265. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7340.

 

Tahap rintangan: 0.7340, 0.7410

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7205

 

NZDUSD, Weekly: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6755. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6755, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6510, 0.6265

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3225, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3045

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9070. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9125, 0.9185

Tahap sokongan: 0.9070, 0.9020

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 38.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 37.00.

 

Tahap rintangan: 38.05, 38.80

Tahap sokongan: 37.00, 36.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1963.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1963.15, 1988.20

Tahap sokongan: 1937.75, 1917.30