15 November 2019 Analisis Sesi Petang
Yen Jepun telah jatuh susulan dengan pemulihan risiko dalam pasaran.
Yen Jepun yang berbanding dengan dolar AS telah jatuh semasa sesi Asia lewat pada hari Jumaat berikutan dengan pemulihan risiko terhadap perkembangan yang optimistik dalam perjanjian perdagangan AS-China. Menurut kepada perkembangan yang terbaru, Penasihat Ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow telah menyatakan bahawa A.S adalah “semakin dekat” untuk berdagang dengan China. Kenyataan tersebut telah bertindak sebagai pemangkin utama yang membantu mendorong sentimen risiko di pasaran. Baru-baru ini, China telah mengumumkan bahawa ia akan membatalkan sekatan terhadap import ayam daripada Amerika Syarikat. Ini telah meningkatkan keyakinan terhadap kedua-dua negara boleh mencapai kesepakatan perdagangan. Tambahan pula, berita mengenai permulaan semula rundingan perdagangan AS-China pada hari Jumaat juga meningkatkan selera risiko walaupun dengan keraguan baru-baru ini dari laporan Financial Times. Justerunya, berita positif tersebut juga mengurangkan daya tarikan aset selamat seperti Yen. Para pelabur akan menumpu perhatian kepada panggilan telefon peringkat rendah antara pasukan perdagangan Amerika Syarikat dan China untuk isyarat lanjut yang memberi kesan terhadap Yen. Pada masa penulisan, USD / JPY telah meningkat sebanyak 0.16% kepada 108.56 sementara indeks dolar telah menurun sebanyak 0.03% kepada 98.14.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.30% kepada $ 57.03 setong pada masa penulisan susulan dengan harapan mengenai pengurangan bekalan dan keyakinan baru terhadap perjanjian perdagangan A.S.-China yang telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap komoditi tersebut. Pada hari Khamis, OPEC telah menyatakan bahawa ia menjangkakan permintaan bagi minyak mentah akan jatuh pada 2020 dan mengharap untuk mengehadkan pengeluaran mengatasi bekalan yang berlebihan. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.21% kepada $ 1468.06 semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan sentimen risiko yang menyebabkan para pelabur memindahkan portfolio mereka dari pasaran yang selamat kepada aset yang lebih berisiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
10.45 CAD BoC Goz Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | 0.7% | 0.7% | – |
| 21:30 | US – Core Retail Sales (MoM) (Oct) | -0.1% | 0.4% | – |
| 21:30 | US – Retail Sales (MoM) (Oct) | -0.3% | 0.2% | – |
| 02:00 (16hb) | CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 684 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 97.60.
Tahap rintangan: 98.25, 98.90
Tahap sokongan: 97.60, 96.85

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2795, 1.2690

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.0990. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1060.
Tahap rintangan: 1.1060, 1.1170
Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 108.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 108.85.
Tahap rintangan: 108.85, 109.40
Tahap sokongan: 108.25, 107.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6810.
Tahap rintangan: 0.6810, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6670

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA. Namun, oleh kerana kekurangan momentum dan arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6340, 0.6275

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan lantunan dari tahap rintangan 1.3255. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3185.
Tahap rintangan: 1.3255, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3135

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9845, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 57.55 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 56.30.
Tahap rintangan: 57.55, 59.40
Tahap sokongan: 56.30, 54.85

GOLD_ H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA 50 (biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi in untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1460.00.
Tahap rintangan: 1480.50, 1497.00
Tahap sokongan: 1460.00, 1445.70.