16 Januari 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar meningkat berlatarbelakangkan pelan rangsangan.
Indeks dolar telah meningkat berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan berita mengenai peningkatan langkah rangsangan. Menurut kepada laporan daripada Guardian, kementerian kewangan China telah berjanji untuk meningkatkan langkah-langkah rangsangan seperti pemotongan cukai dan peningkatan perbelanjaan bagi mengimbangkan kejatuhan eksport China pada bulan Disember yang lepas. Selain itu, ketidakpastian di UK selepas undian parlimen untuk menolak perjanjian Brexit Theresa May juga mendorong permintaan terhadap dolar yang lebih tinggi semasa para pelabur menghindar dari pasaran sterling. Indeks dolar telah menaik sebanyak 0.07% ke 95.66 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.08% ke 1.1405 semasa penulisan susulan dengan pertumbuhan Jerman yang mencecah paras terendah dalam tempoh lima tahun. Menurut kepada data tersebut, pertumbuhan ekonomi terbesar di Eropah telah merosot ke 1.5% bagi tahun 2018 berbanding dengan 2.2% pada tahun 2017. Data tersebut telah menunjukkan pertumbuhan ekonominya yang lebih lembap sambil menandakan bahawa pertumbuhan global yang makin merosot serta sentimen pasaran yang lebih suram.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.12% ke $52.05 setong didorong oleh sentimen pasaran yang positif akibat pemotongan bekalan OPEC dan sekutunya walaupun tertekan oleh kebimbangan penyusutan pertumbuhan global. Selain itu, Arab Saudi juga menyumbang dalam pemotongan bekalan di mana menteri OPEC Khalid al-Falih juga menyatakan bahawa kerajaannya bersedia untuk meningkatkan pemotongan bekalan jika perlu. Sebaliknya, harga emas berkekal mantap sementara melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.03% ke $1289.41 semasa penulisan akibat penyusutan pertumbuhan global dan risiko geopolitik yang meningkatkan permintaan terhadap aset selamat dengan selanjutnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:15 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German CPI (YoY) (Dec) | 0.1% | 0.1% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Dec) | 2.3% | 2.1% | – |
| 21:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) | 0.2% | 0.1% | – |
| 21:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Dec) | 0.2% | 0.2% | – |
| 23:00 | USD – Business Inventories (MoM) (Nov) | 0.6% | 0.3% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | -1.680M | -1.323M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 95.25. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 95.25.
Tahap rintangan: 95.75, 96.40
Tahap sokongan: 95.25, 94.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2800. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2890.
Tahap rintangan: 1.2890, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2720

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1425. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1350.
Tahap rintangan: 1.1425, 1.1480
Tahap sokongan: 1.1350, 1.1280

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 108.55. MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 107.85.
Tahap rintangan: 108.55, 109.10
Tahap sokongan: 107.85, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7230. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7175.
Tahap rintangan: 0.7730, 0.7270
Tahap sokongan: 0.7175, 0.7120

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6840. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6800.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6760


USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3300. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3190.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3060

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9855. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang ke arah tahap sokongan di 0.9855 sebelum melanjutkan trend menaiknya.
Tahap rintangan: 0.9920, 0.9985
Tahap sokongan: 0.9855, 0.9790

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 50.30. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 53.00.
Tahap rintangan: 53.00, 55.25
Tahap sokongan: 50.30, 48.30

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pengesahan yang selanjutnya seperti pemecahan dari tahap rintangan 1298.50 atau tahap sokongan 1286.90 adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran emas.
Tahap rintangan: 1298.50, 1309.00
Tahap sokongan: 1286.90, 1278.90