16 Mac 2018 Analisis Harian
Momentum menaik dolar ditingkatkan berikutan data buruh yang optimistik!
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan sebakul mata wang utama dengan mencatat keuntungan sebanyak 0.40% ke 90.01 berikutan dengan pasaran buruh yang optimistik dan keredaan dalam ketakutan pasaran terhadap peperangan dagangan global. Semalam, meskipun data indeks perkilangan telah memberi bacaan yang bercampuran, namun Greenback berjaya untuk mendapat sokongannya selepas Jabatan Buruh A.S. melaporkan kemerosotan dalam tuntutan pengangguran awal sebanyak 4,000 kepada 226,000 berbanding dengan bacaan ramalan sebanyak 230,000. Di samping itu, sentimen pasaran yang optimistik terhadap kenaikan kadar oleh Bank Pusat A.S. (Fed) pada minggu depan juga memberi sokongan selanjutnya kepada kenaikan dolar. Selain itu, GBP/USD telah menurun sebanyak 0.19% ke $1.3915 bersempena dengan isu Brexit yang masih berlanjutan di mana ketiga-tiga pihak iaitu United Kingdom, Suruhanjaya Eropah dan kerajaan Irish dilaporkan untuk mengadakan perbincangan tentang isu sempadan Irish selepas Brexit. Secara langsung, isu tersebut telah memberi rintangan kepada rundingan Brexit yang lancar.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara stabil di paras $61.10 setong selepas International Energy Agency (IEA) menaikkan ramalan mereka terhadap permintaan minyak global untuk meningkat daripada 97.8 juta tong sehari kepada 99.3 juta tong sehari bagi tahun ini. Walau bagaimanapun, kenaikan harga minyak mentah adalah terhad akibat daripada amaran yang juga diberi oleh IEA bahawa minyak global berkemungkinan dibekalkan pada kadar yang lebih cepat. Selain itu, harga emas melanjutkan kerugian sebanyak 0.20% ke $1314.16 se troy auns berikutan dengan dolar yang telah berjaya untuk memangkas kerugiannya pada hari semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | JPY – Industrial Production (MoM) (Jan) | -6.6% | -6.6% | – |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Feb) | 1.2% | 1.2% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Feb) | 1.377M | 1.330M | – |
| 20:30 | USD – Housing Starts (MoM) (Feb) | 9.7% | 6.0% | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jan) | -0.3% | -0.9% | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Feb) | -0.1% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Jan) | 5.811M | 5.850M | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) | 99.7 | 99.6 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 796 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.3950. Pembentukan corak lilin engulfing dan histogram MACD yang memaparkan penerusan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1.3910.
Tahap rintangan: 1.3950, 1.3980
Tahap sokongan: 1.3910, 1.3860
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah garisan trend pada segi tiga simetri. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan di 1.2300. Histogram MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya pemecahan di tahap sokongan tersebut telah berjaya.
Tahap rintangan: 1.2350, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2300, 1.2250
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah rintangan pada garisan 200-MA. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian semula ke tahap sokongan di 105.90.
Tahap rintangan: 106.40, 106.90
Tahap sokongan: 105.90, 105.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang secara mengayun dalam segi tiga menurun. Ketiadaan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan histogram MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan sebelum melakukan dagangan.
Tahap rintangan: 62.00, 63.60
Tahap sokongan: 60.50, 58.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1316.20 dan aset selamat tersebut kini sedang menguji balik paras terendah sebelumnya. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga emas untuk melanjutkan kenaikan sekiranya ia berjaya untuk memecah paras Fibonacci 38.2 tersebut.
Tahap rintangan: 1316.20, 1321.90
Tahap sokongan: 1309.60, 1300.80