16 Mei 2017 Analisis Harian
Dolar ditekan akibat kontroversi Trump-Rusia.
Dolar A.S. melanjutkan kelemahannya pada sesi Asia hari Selasa ini selepas para peserta pasaran mencerna kontroversi terkini yang menyelubungi pentadbiran Trump. Berita tergempar di Washington Post mencadangkan bahawa Trump telah membekalkan maklumat sulit mengenai perisikan di Timur Tengah kepada ahli diplomat dari Rusia. Indeks dolar yang mengukur kekukuhannya berbanding dengan sebakul enam mata wang yang lain susut sebanyak 0.05% ke 98.67. Selain itu, data ekonomi yang kurang memuaskan dari semalaman telah menambahkan lagi tekanan ke atas mata wang tersebut. Menurut kepada Bank Pusat New York, data Empire State Manufacturing Index telah menjunam ke paras pengecutan dengan -1 bagi bulan Mei, susut dari paras 5.2 bagi bulan April. Bacaan yang lebih rendah telah mengecewakan para pelabur yang mengharapkan kenaikan kadar faedah manakala Fed Rate Monitor Tool menunjukan harga kemungkinan bagi kenaikan kadar pada bulan Jun telah susut ke 72.4% dari sebelumnya yang berdekatan dengan paras 80%. Dibandingkan dengan mata wang utama yang lain, dolar didagang dengan rendah berbanding Yen Jepun selepas USD/JPY susut 0.10% ke 113.67 manakala GBP/USD meningkat sebanyak 0.17% ke $1.2917.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.53% ke $49.11 selepas Arab Saudi dan Rusia berjanji untuk melanjutkan tawaran pembekuan minyak mentah sehingga ke bulan Mac tahun depan jika para pengeluar utama yang lain bersetuju untuk membuat demikian. Selain itu, harga emas telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.33% ke $1,232.68 berikutan dengan kelemahan dolar akibat daripada prestasi data yang kurang memuaskan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
Tentative Crude Oil IEA Monthly Report
Data Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:30 | GBP – CPI (YoY) (Apr) | 2.3% | 2.6% | – |
17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (May) | 19.5 | 22.0 | – |
17:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q1) | 0.5% | 0.5% | – |
20:30 | USD – Building Permits (Apr) | 1.260M | 1.270M | – |
20:30 | USD – Housing Starts (Apr) | 1.215M | 1.260M | – |
21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Apr) | 0.5% | 0.4% | – |
04:30 | Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock | -5.780M | – | – |
GBPUSD
GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari garisan 60-moving average (hijau). Penutupan niaga di bawah garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke sasaran tahap sokongan 1.2840. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.2910, 1.2985, 1.3060
Tahap sokongan: 1.2845, 1.2770
EURUSD
EURUSD, H4: EURUSD telah meneruskan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas kedua-dua garisan MA selepas melantun dari tahap 1.0860. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menaik mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan 1.1020.
Tahap rintangan: 1.1020, 1.1075
Tahap sokongan: 1.0930, 1.0860
USDJPY
USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 113.35 akan mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke paras bawah saluran.
Tahap rintangan: 113.60, 113.90
Tahap sokongan: 113.35, 113.15
CrudeOIL
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 48.70. Oleh kerana petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menaik, harga minyak mentah berkemungkinan untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk meneruskan kenaikannya.
Tahap rintangan: 49.20, 49.65
Tahap sokongan: 48.70, 48.15
GOLD
GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup niaganya di atas garisan 60-moving average (hijau). Penutupan niaga di atas tahap rintangan 1233.30 akan mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya.
Tahap rintangan: 1233.30, 1245.15
Tahap sokongan: 1215.15, 1202.00