16 Mei 2018 Analisis Harian
Dolar melonjak selepas kadar hasil bon menjangkaui paras 3.00%.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia mencatat keuntungan sebanyak 0.58% ke 93.15 semasa penulisan. Momentum bullish tersebut telah dipacu susulan dengan peningkatan kadar hasil bon AS yang menjangkaui paras 3% walaupun data ekonomi memaparkan isyarat yang bercampuran. Semalaman, US Commerce Department melaporkan bahawa kadar jualan runcit bagi bulan lepas telah susut ke paras 0.3%, tersasar daripada ramalan iaitu 0.4%. Namun, kerugian yang dialami adalah masih terhad susulan dengan penyelarasan ke atas bacaan jualan runcit bagi bulan April dari 0.6% ke 0.8%. Bacaan yang kukuh tersebut memberikan cadangkan bahawa kelemahan pada perbelanjaan pengguna bagi suku pertama adalah untuk sementara waktu sahaja. Sebaliknya, pasangan EUR/USD mengalami kerugian sebanyak 0.57% ke $1.1826 selepas data Jerman GDP tersasar daripada ramalan dengan 1.6% berbanding 1.8%. Data tersebut mencadangkan bahawa perkembangan ekonomi di zon Eropah berkemungkinan untuk susut bagi suku pertama.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 35 cents ke $71.04 setong susulan dengan optimisme para pelabur terhadap pengurangan stok global yang berpunca dari sekatan AS ke atas Iran. Sementara itu, harga emas menjunam sebanyak 1.83% ke $1,292.39 se troy auns selepas para pelabur bergiat untuk menjual aset selamat tersebut berikutan dengan kenaikan dolar dan kadar hasil bon AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
20:00 EUR ECB President Draghi Speaks
20:30 USD FOMC Member Bostic Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:50 | JPY – GDP (QoQ) (Q1) | 0.1% | 0.0% | -0.2% |
| 09:30 | AUD – Wage Price Index (QoQ) (Q1) | 0.6% | 0.6% | 0.5% |
| 12:30 | JPY – Industrial Production (MoM) (Mar) | 1.2% | 1.2% | – |
| 14:00 | EUR – German CPI (MoM) (Apr) | 0.0% | 0.0% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Apr) | 1.2% | 1.2% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Apr) | 1.379M | 1.350M | – |
| 20:30 | USD – Housing Starts (Apr) | 1.319M | 1.324M | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Apr) | 0.5% | 0.5% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.197M | -0.719M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -2.714M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari zon sokongan berhampiran 1.3440. Namun, pembentukan lilin yang masih bersifat bearish tersebut memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya menutup lilin di bawah paras terendah sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3540
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3300
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.1840. Namun, silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias menurun semula.
Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1770, 1.1720
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 110.00. Garisan isyarat MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah tahap rintangan di 110.40.
Tahap rintangan: 110.40, 110.90
Tahap sokongan: 110.00, 109.60
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 71.20. Kekurangan isyarat yang jelas dari segi pembentukan corak lilin dan MACD memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi selanjut mengenai pergerakan harga komoditi tersebut dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 71.20, 71.70
Tahap sokongan: 70.60, 69.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1290.00. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum meneruskan bias menurun semula.
Tahap rintangan: 1295.70, 1301.20
Tahap sokongan: 1290.00, 1286.00